Thursday, 26 May 2011

Berhemah didik anak degil

JIKA tidak mahu si comel ini bercakap kasar, ibu bapa perlu memberi contoh baik dengan bercakap lembut dan berhemah.

DALAM sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu dengan melaksanakan komunikasi unggul, menunjukkan teladan yang baik dan paling penting, utamakan solat dan berdoa.


Komunikasi unggul


Ramai ibu bapa menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikatnya, peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak.
Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih.
Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.
Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan 'tidak' apabila perlu dan tepat pada masa serta keadaannya.
Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah kepadanya. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan kemudian berpesan supaya jangan ulangi kesilapan tersebut.
Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.
Marah yang berpada-pada, jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut dan mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati. Mereka juga terlalu payah untuk melupakannya malah dalam banyak kes, segala keperitan dan kepedihan yang dialami ketika kecil diingati hingga mereka dewasa. Paling membimbangkan, sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.
Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan.
Pemulauan bermaksud, pinggirkan anak tersebut seketika dengan tidak melayan kehendaknya atau tidak dibawa bersembang sama. Tindakan itu menjelaskan bahawa anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya terhadap teguran anda.
Setelah teguran dan pemulauan dilakukan, barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar. Gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.
Pukulan dibuat dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman, pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.


Teladan yang baik

Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam, menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh meneladaninya.
Jika tidak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tidak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhemah.
Jangan sesekali mengelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh, si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya?
Jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah tentang tabiat merokok itu tidak elok untuk kesihatan.
Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru sekali gus tidak hormatkan guru. Lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa.
Penting! Jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani mereka.



Utamakan solat dan berdoa

Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata ibadat dan tanda syukur kepada Allah, malah ia satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik.
Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan juga anak bersolat. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan.
Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, Insya-Allah!
Sebagai ibu bapa, sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.
Ingatlah, jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.


Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.


P/S:  macamana aku nak menjadi mama yang baik..sikap panas baran aku ni susah nak control bila berdepan dgn anak2 aku..kesian diorg..kekdg puas aku berdoa & motivate diri & hati ni..tp...time dh marah..semua lupa...mungkin sbb tu la..darah tinggi aku ni susah utk turun...mungkin sbb mama pun membesar dlm suasana seperti itu...mmg sukar utk mama mengubah perangai yg ada dlm diri mama ni...maafkan mama kakak & adik...mama akan cuba jd mama yg terbaik....mama akan cuba sedaya upaya mama utk berubah..

Monday, 23 May 2011

The Power of TAUGEH

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk  dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanitaPengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

 Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) .  Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

Wednesday, 11 May 2011

BERSYUKUR DGN NIKMAT DI DEPAN MATA..

baca la eh...
________________________________________






Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling
Yg sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak2, Kadang2 tangisn nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar2 memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
Kekerasn, cubit, rotan & meminta dia berikrar utk tdk mengulanginya kembali.
“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat drpd
Biasa. Kemarahnnya mcecah siling kesabarn & mbakar rentung ladang hemahnya.
Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang.
Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari
Rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang
Besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik
tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”
Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul
Dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitn,
Dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bcucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu
Di luar, dia membuat panggilan kepada suami Dan mengurus segala prosedur yang
Patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang
Melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”
“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan. Setelah lama menunggu, tiba-tiba
Doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.
“Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini. Dunia terasa seperti pasir
Jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping
-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat
Ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya
Dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang
Berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini …” Ibu mencium semahu-mahunya.
Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu bkata,
“Alangkah indah andainya ini yg ibu lihat pd setiap hari di spjg hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pd koyakn
Kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati
Dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana Kita selalu sedar
Dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

7 pelajaran yang perlu diajar oleh bapa kepada anak lelaki



Jangan sesekali bergaduh disebabkan berebutkan wanita-

Seorang lelaki memang seharusnya bertanggungjawab untuk melindungi wanita. Lelaki yang melindungi wanita merupakan lelaki sejati. Tetapi, perlindungan yang diberikan haruslah kena pada tempatnya. Sekiranya seseorang wanita di dalam kesusahan tanpa mereka sendiri memintanya, mereka memang patut dilindungi. Tetapi sekiranya permasalahan muncul disebabkan kecurangan atau permasalahan yang sengaja dicari oleh wanita tersebut, tinggalkan mereka dan cari yang lain.


Jangan sesekali memukul wanita

Seorang lelaki yang matang tidak akan sesekali memukul wanita dan berjaya mengawal perasaan marah walaupun ia amat sukar. Ingat, sekali kita pukul wanita akan hilang kehormatan sebagai lelaki. Sekiranya berasa amat marah, dapatkan ketenangan diluar. Seorang lelaki sejati harus tahu untuk menjaga maruah dirinya dan jangan biarkan maruah tercalar hanya kerana memukul wanita. Tunjukkan kematangan dan ketenangan yang ada pada sifat seorang lelaki.


Jangan sesekali takut kepada isteri

 Anda adalah ketua keluarga, dan adalah pemimpin terhadap keluarga. Jangan sesekali takutkan isteri kerana ia hanya menunjukkan kelemahan terhadap kepimpinan anda. Tidak seharusnya seorang lelaki takut kepada isteri, tetapi sebaliknya anda perlu hormat kepada mereka. Faham konsep hormat dan takut, kerana ia merupakan dua konsep yang berbeza. Seorang lelaki yang menghormati isteri adalah lelaki  sejati manakala seorang lelaki yang takutkan isteri adalah lelaki dayus.


Berani untuk membuat keputusan

 Anda adalah lelaki dan anda berhak untuk membuat keputusan terutamanya soal keluarga. Jangan sesekali membiarkan orang luar mencampuri hal keluarga. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat, ianya bagus tetapi keputusan haruslah anda sendiri lakukan. Seorang lelaki sejati tidak akan sesekali membiarkan orang lain untuk membuat keputusan keluarga mereka.


Berdiam diri seketika adalah lebih baik

 Sekiranya menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya apabila perselisihan faham dengan isteri, lebih baik berdiam diri untuk seketika. Seorang lelaki sejati sukakan kepada ketenangan dan tidak akan suka untuk menambahkan huru-hara keadaan. Sekiranya isteri sedang membebel panjang mengenai masalah, biarkan mereka berada di dalam dunia mereka. Diamkan diri untuk mengelakkan kekusutan lebih teruk.


Seorang lelaki perlu rajin

 Anda perlu rajin untuk bekerja, jangan sesekali biarkan kehidupan bergantung terhadap orang lain. Biarkan wang yang didapati hasil daripada titik peluh dan tenaga yang telah dicurahkan. Belanjakan wang yang diperolehi untuk memberi makan minum dan keperluan asas untuk keluarga. Itulah nikmat sebenar menjadi seseorang lelaki. Kehidupan berdikari yang amat tinggi.


Seorang lelaki perlu bertanggungjawab

Tanggungjawab seorang lelaki adalah amat besar. Ia bukan shaja untuk dirinya, malah terhadap keluarga dan sekiranya sudah berkahwin perlu bertanggunjawab juga kepada keluarga isteri. Ianya akan semakin bertambah apabila isteri melahirkan anak pula. Seorang lelaki sejati akan sentiasa memikul tanggungjawab dengan baik dan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka.

Protokol ke 10 Yahudi

 

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa.....
berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa
lagu?

2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv,dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat
murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......
3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....Syabas
yahudi...berjaya lagi kamu....



4. ....Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga ...... Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....

Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak
kata...kerana sukan..sembahyang
boleh tangguh...Mashaallah,..
5. .. Fun..

Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....


6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena
mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorakm lagi.....




7...Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan

rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan....Bila warnakan
rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam
Yahudi....
8. .. Food..Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang  halalnya? Contoh Kentucky ..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram,masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi...tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi
makan Islam lagi...



Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah
macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH...........
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan
kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

 Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ


Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَيۡمَـٰنَ‌ۚ وَڪُلاًّ ءَاتَيۡنَا حُكۡمً۬ا وَعِلۡمً۬ا‌ۚ وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُ ۥدَ ٱلۡجِبَالَ يُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّيۡرَ‌ۚ وَڪُنَّا فَـٰعِلِينَ (٧٩)

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,

قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩)


Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)


Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ


Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah



Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ (٣١)

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah


1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN


Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

MAAFKAN ABI & UMMI!

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengingkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan”.

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaaan saya tidak dihargai. Saya bukan minta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.

“Bolehlah ustaz! janganlah macam tu, anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami” kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapa masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? bukankah ianya sesi beliau menunaikan kewajiban nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak.

Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun. Saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu sama ada anak ustaz tak pun anak polis!

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibenggkokkan oleh si samseng kampung dusun anak seorang ustaz.

Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.

Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya.

“maafkan abi, wahai anak-anakku, abi berdosa mengabaikan kalian” saya sukar menahan hati dari bersedih.

Saya masih ingat semasa saya di Ireland. Usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjat syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus.

Dengan tugas saya sebagai imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah jumaat.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan caranya amat mudah. Saya tuding jari, tanpa perlu membuka bicara. Saiful Islam sudah menghemburkan air mata takutkan kemarahan saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya.

Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah usia mereka juga bertambah. Mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan.

Saya tidak menyesal menjadi ‘suri rumah’ selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yg mencecah harga ratusan euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang ijazah early childhood learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah.

Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong utk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji utk membuat assignment.

Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya. Kami pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar.

Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah. Untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah.

Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sangggup mengayuh mountain bike selama dua jam untuk memberi kuliah tafsir surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi
Tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya.

Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.

Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia.. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri saya sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.

“Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia” saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.

Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau.

Semasa bertugas sebagai pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami.

Saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast.

Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis “OMER”. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, “My father is a Moslem!”.

Aduh!, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.

Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami “apakah selamat anakku membesar di Malaysia?”.

Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan kufur kepada anak-anak.

“Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang islam!” saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.

Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia?

Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, Aminah, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas.

Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya.

Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak?

Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK (C), walaupun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah…

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap.

Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbals geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out training. Jadual kami ketat.

Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak.

Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti.

Ingat, anak mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.


Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah.

Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga.

Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dam Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka.

Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak tertanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari nanti. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak?

Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia.

Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana?

Jawapannya mudah sahaja,


SIBUK BERKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya.

Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlidungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.

Apa yang paling utama jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk menyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah madu pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan.

Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat. Kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang.

Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang?

Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?


Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja.

What you give, you get back!