Wednesday, 28 September 2011

Kehebatan Doa Ibubapa Pada Anak

by Dunia macam-macam on Saturday, September 24, 2011 at 12:44pm
Rahsia Ibubapa Berdoa
Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/20_5.png
Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan doa-doa yang mustajab ini pada anak anak kita.
Antara masalah keluarga dan anak tak dengar cakap ialah, pendekatan kita dalam mendidik. Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang. Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas.

Sunday, 25 September 2011

Saiz pinggang petanda sakit jantung


“KALAU awak hendak guna tangga, silakan. Saya sayang lemak,” gurau seorang teman ketika kami berpecah haluan untuk masuk ke pejabat. Dia menuju ke lif, penulis pula ke pintu ruangan tangga. Mengah juga untuk sampai ke tingkat tiga tetapi memikirkan kesihatan, penulis gagahkan juga mendaki hampir 80 anak tangga.
Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian.
Ia antara alternatif untuk me�nyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.

Untuk sihat kita memang perlukan sedikit pengorbanan - sekurang-kurangnya sanggup mengorbankan simpanan lemak berlebihan dalam badan. Tidak kira apa pun jenis aktiviti pilihan anda, namun senaman seringkas berjalan cepat yang dijadikan amalan harian dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik yang berkaitan gaya hidup termasuklah sakit jantung.

Seorang kawan pernah berkata, wanita beruntung kerana terselamat daripada serangan jantung. Ya, betul untuk wanita yang masih ada haid. Bagi wanita yang sudah menopaus, risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki malah bilangan wanita yang mati akibat serangan jantung sebenarnya lebih tinggi daripada disebabkan kanser payudara.

Malangnya masih ramai yang berat hati untuk memulakan kehidupan cergas. Ada kajian mendapati tabiat suka duduk berehat sepanjang masa boleh memendekkan hayat. Secara purata risiko kematian awal akibat duduk terlalu lama (tidak aktif langsung) pada wanita ialah 94 peratus dan 48 peratus pada lelaki.

Lebih lama kita duduk, semakin kurang tenaga digunakan dan akibatnya kita mengalami masalah pertambahan berat badan.

Jika tiada langkah pencegahan iaitu perubahan gaya hidup, ia akan mendekatkan kita dengan masalah obesiti. Seperti diketahui, obesiti adalah pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

Kebanyakan orang risau apabila berat badan bertambah tetapi saintis mendapati apa yang perlu diberi lebih perhatian ialah penambahan saiz pinggang dan pinggul kerana ia berkait rapat dengan risiko penyakit jantung.

Penyelidik Universiti Texas mengesahkan saiz pinggang menjadi petanda utama penyakit jantung berbanding berat badan berlebihan. Malah ukuran pinggang yang dikategori ‘masih boleh diterima’ iaitu 81 sentimeter (32 inci) bagi wanita dan 94 sentimeter (37 inci) bagi lelaki juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Ini kerana lemak yang terkumpul di kawasan pinggang didapati lebih aktif kerana ia merembeskan protein kerada�ngan yang menyumbang kepada pembentukan aterosklerosis (plak kolesterol pada dinding salur darah) - dan akhirnya boleh membuatkan salur darah tersumbat.

Selain penyakit jantung, pakar perubatan juga sependapat saiz pinggang melebihi 88.9 sentimeter (35 inci) bagi wanita dan 101.6 sentimeter (40 inci) bagi lelaki juga boleh mendekatkan mereka dengan kencing manis.

Kajian ke atas 2,744 individu dewasa itu turut mendapati bentuk badan ada kaitan dengan penyakit jantung kerana penambahan beberapa inci saiz pinggang boleh meningkatkan risiko kerosakan salur darah di jantung walaupun mempunyai berat badan dalam julat normal.

Masih berkira-kira hendak bersenam? Baiklah, mungkin anda tidak tahu, apabila kita duduk terlalu lama, otot terutama pada kaki akan merangsang atau menyekat pelbagai jenis hormon yang akhirnya memberi kesan kepada paras kolesterol.

Kita tahu paras kolesterol baik hanya boleh ditingkatkan melalui senaman. Tiada makanan ajaib mampu meningkatkan paras kolesterol baik yang sangat penting untuk melindungi kita daripada penyakit jantung.

Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford mendapati berlari (berjoging) boleh membantu meningkatkan jangka hayat. Kajian selama 21 tahun itu menunjukkan berlari boleh melengahkan kehilangan keupayaan berkaitan umur selama 16 tahun dan memanjangkan jangka hayat selama 19 tahun. Di dalam kumpulan pelari, hanya 15 peratus meninggal dunia (akibat sakit jantung, kanser, strok dan masalah saraf) berbanding 34 peratus di kalangan kumpulan bukan pelari.

Senaman tahap sederhana selama 30 minit sehari, lima kali seminggu memadai untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Selain itu masukkan juga senaman regangan dan ketahanan dua kali seminggu untuk menjaga keanjalan otot dan merangsang metabolisme.

Bagi yang selalu tertanya bagaimana ada individu berumur lanjut tampak awet muda, senaman adalah jawapannya. Ia adalah ubat untuk awet muda yang sangat mujarab. Gaya hidup aktif membantu mengekalkan jisim otot, merangsang metabolisme, menguatkan jantung dan paru-paru, membantu mengawal tekanan darah, paras gula dan kolesterol darah, meningkatkan keseimbangan, melancarkan aliran darah dan mengawal berat badan.

Wednesday, 14 September 2011

Doa ketika bangun dari tidur



Maksudnya:

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.



Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.


·         Pesanan  Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

·         Allah tak beri apa yg kita mahu, tapi Allah beri apa yg kita fikir n beri tumpuan. So, beri tumpuan kpd apa SIFAT BURUK yg kita nak kikis, doa sungguh2, cari kwn +ve yg boleh bantu kita, berterusan cari ilmu, ajak org lain utk sama2 buang sifat -ve, usaha dgn gigih n tawakkal kpd Allah. Antara sifat -ve ialah pemarah, malas, bertangguh, mulut celupar, tak jaga solat, boros, sambil lewa, buruk sangka, tak menyesal buat dosa...Mari terus bertindak! Wassalam
·         Teruskan dgn ibadah Puasa 6. Mengambil smgt syawal ni, betulkan NIAT kita dlm setiap perkara yg di lakukan. Kebanyakan org TERLUPA nak pasang niat bila nak pergi kerja/ sek/IPT. Bila tak pasang niat, maka tak dpt pahala segala apa yg di lakukan. Niat juga bertindak sbg DOA. Setiap niat yg baik yg kita buat, d beri pahala oleh Allah. Semuga ceria n cemerlang.
·         Tahniah kpd yg sudah memulakan Puasa 6. Walaupun masih hangat smgt Hari Raya, tumpukan kpd aspek kehidupan yg perlu perhatian. Yg bekerja, lakukan tugas lebih baik drp yg lepas. Yg studi, lebih fokus dan tekun. Yg mendidik, didiklah diri sblm didik org lain. Yg membantu, berikan yg terbaik agar Allah ganjari dgn terbaik. Tingkatkan prestasi n ikhlaskan usaha.
·         Tak ramai org yg ceria dan bersemangat setiap hari. Utk sentiasa ceria: Bangun pagi awal di waktu yg konsisten, senyum, angkat tgn n baca: Doa bangun tidur, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Ayat Qursi, Ayat 1000 Dinar, dan sebut: Ya Allah jadikan hari ini lebih baik drp semlm n jadikan aku ceria, sihat n bersemangat utk bekerja/belajar, jika aku mati hari ini, matikan aku dlm husnul khatimah. Insya Allah ceria n cemerlang. Wassalam
·          Hati kita ibarat magnet yg amat kuat. Perasaan SAYANG dlm hati akan tarik sayang drp org lain dan BENCI akan tarik benci org terhadap kita. Ramai org yg tak bertemu jodoh sbb terlalu byk benci dlm hati. Justeru, mari kita maafkan semua org n lontarkan sayang terhadap semua org agar Allah dan semua makhluk Allah akan menyayangi kita. Wassalam
·         Kita boleh mohon drp Allah swt apapun yg kita mahu; tetapi Allah hanya perkenan apa yg kita PERLU dan apa yg BAIK utk kita saja. Justeru, jgn sesekali bersangka buruk terhadap Allah. Doalah yg baik2 secara berterusan dan lihat betapa hidup kita berubah menjadi cemerlang dan di berkati Allah. Wassalam
·         Rasa tanggungjawab akan merangsang kita utk bertindak cemerlang, tapi rasa CINTA akan memperkasa kita utk bertindak dengan ceria, cemerlang dan penuh kasih sayang. Justeru, cintai Allah dan lakukan ibadah kita dengan ikhlas dan kaedah yg terbaik. Salam inspirasi, wassalam
·         3 perkara yg dapat beri syafaat di padang mahsyar: Rasulullah saw, ramadhan yg Allah terima dan Quran yg kita baca n cuba fahami maksud n amalkan. Sempena Nuzul Quran hari ini, mari kiazam utk berterusan membaca Quran hingga ke akhir hayat. Moga Allah rahmati kita semua. Wassalam
·         Org yg terbaik ialah org yg paling byk memberi manfaat kpd org lain. Utk hari ini, jadikan diri anda yg terbaik dgn memaafkan, mendoakan, membantu org tanpa berkira, ceriakan n rangsang org buat kebaikan. Wassalam
  • Tanpa anda n saya d dunia ini, DUNIA INI TIDAK SEMPURNA. Jika dunia dah cantik tanpa kita, kenapa perlu Allah cipta kita? Soalnya, apa yg kita sumbangkan kpd DUNIA utk memastikan wujudnya kita d dunia membawa makna! Hari ini, cuba fikirkan apa PERKARA +VE yg u MAMPU LAKUKAN yg memberi manfaat kpd org lain atau kpd alam sekitar. Bertindak sekarang, mana tahu hari ini hari kita yg terakhir! Wassalam
  • Di samping Islam dan Iman, apa yg paling penting utk setiap insan ialah kesihatan. Badan yg sihat dtgnya drp hati yg murni. Jarang org yg lupa mandi atau gosok gigi, tapi ramai org terlupa nak cuci hati sebelum tidur. Cuci hati dgn solat taubat, istighfar, maafkan org, wuduk, baca quran, sedekah, cuci pinggan, dll Bila hati bersih, bdn sihat, otak tng, wajah cun, doa makbul, hidayah turun n semua makhluk sayang kita. Wassalam
  • Utk dpt teman sejati: Jadilah org yg baik n kwn yg baik; sanggup korban, utamakan kwn drp diri, pendam perasaan utk jaga hati kwn, hebahkan yg baik n pendam yg buruk ttg kwn, doakan, maafkan n bantu kwn utk berjaya n berubah jadi positif. Inilah sifat kwn yg ibarat saudara dunia n akhirat. Jom usaha utk jadi kwn sejati. Wassalam
  • "Let your mother cry for the RIGHT reason, not for the wrong reason." - pesanan DMFK kepada pelajar-pelajar Daerah Tenom pagi ini.
  • Org yg terbaik adalah org yg berterusan belajar, mengajar dan org yg membantu org belajar atau mengajar. Jgn sampai merasa diri dah pandai n tak perlu bljr lagi. Apa yg kita belajar, kita segera amalkan n sampaikan juga kpd org lain. Doakan juga guru2 kita agar kita dpt keberkatan ilmu. Moga kita jadi insan yg d berkati n d rahmati Allah. Wassalam
  • Allah tak beri apa yg kita mahu, tapi Allah beri apa yg kita fikir n beri tumpuan. So, beri tumpuan kpd apa SIFAT BURUK yg kita nak kikis, doa sungguh2, cari kwn +ve yg boleh bantu kita, berterusan cari ilmu, ajak org lain utk sama2 buang sifat -ve, usaha dgn gigih n tawakkal kpd Allah. Antara sifat -ve ialah pemarah, malas, bertangguh, mulut celupar, tak jaga solat, boros, sambil lewa, buruk sangka, tak menyesal buat dosa...Mari terus bertindak! Wassalam
  • Masalah anak yg derhaka semakin meruncing. Antara punca anak derhaka:1. Waktu suami isteri bersama tak baca doa 2. Waktu mengandung IB ingkar perintah Allah 3.IB kurang doa utk dpt anak soleh 4. Rezki yg tak berkat 5.Suasana rtangga yg tak harmoni n kurang Islamik 6. IB juga pernah derhaka kpd IB mrk 7.Jahil ttg ilmu keibubapaan 8.Kwn2 anak yg negatif 8. Rutin harian yg negatif 9. Anak terlalu d manjakan 10.Anak terlalu mewah 11. Anak tak d didik ttg kesusahan 12. Anak tak tahu bersyukur 13. Ibu sering menyuruh anak lebih drp sekali sejak kecil. Renungkan dan insafi
Kenapa ramai org gagal walaupun telah bentuk matlamat yg jelas n usha sungguh2? Mungkin kurang doa, smgt yg tak membakar, tak sedia utk berjaya, tak dpt bimbingan yg betul, kwn yg silap atau usha kurang tepat. Ini semua alasan yg betul tapi apa yg lebih kritikal ialah: TINDAKAN TAK NGAM DGN HAKIKAT HIDUP YG SEBENAR! Jika kita sedar yg Allah jadikan kita utk bantu org, didik, beri inspirasi, gembirakan, pimpin org ke syurga, etc. segala pintu kehebatan terbuka, masalah selesai satu persatu, ilham dtg mencurah, bantuan dtg melimpah n kejayaan akan muncul.
 
Org yg hebat, wujudnya membawa nilai tambah kpd org d sekitarnya, kehilangannya amat d rasai n d ratapi. Utk menjadi org hebat yg berjaya mencipta MERCU TANDA KEHIDUPAN, kita kena berterusan cari ilmu, hayati, amalkan n sebarkan ilmu kpd org lain. Utk org kenang kita, maka kita wajib kenang jasa n pengorbanan org lain. Mari kita hargai guru2 yg mendidik kita dgn sentiasa mendoakan mrk n mohon Allah ampunkan dosa mrk n ganjari segala khidmat yg mrk berikan. Org yg gagal menghargai guru mrk, amat sukar utk menjadi org yg hebat sbb ilmu yg kita dpt d takuti tidak berkat!

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.
 Hikmah  Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
   Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
 dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
  akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
  Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
 Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
  setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
 rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
 Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
  memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
 akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
 yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
 nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi”
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi
yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika
itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-
hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat
saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi
kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh
mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya
tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar
satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya
lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai
saluran yang mengalir dari syurga.
  
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
 - Pemimpin yang adil.
 - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
 - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
 - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
 - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”.
 - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
 - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
  
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak
tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar
suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari
para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam
tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya
berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain
adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan
hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat
besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan
suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat)
yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat
yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai
seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi
embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh
4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy
umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana
yang terletak dihadapan istana.
  
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang
kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut
ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.
  
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan
2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.
  
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk
menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah
seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
 - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
 - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
 - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70
000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka
sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang
Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

 Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.