Tuesday, 18 December 2012

PURE MARINE KOLAGEN @ KOLAGEN RUMPAI LAUT

 

 

 

GRED AA- KUNING EMAS            GRED AAA - UNGU

IA DITERNAK DIDALAM LAUTAN YANG KAYA DENGAN IODINE DAN GALIAN......
TAK MEMERLUKAN BAJA SEBALIKNYA MEMBINA MAKANAN SENDIRI ........
SANGAT BERSIH DAN BEBAS PENCEMARAN BAHAN KIMIA...


TERDAPAT 2 JENIS RUMPAI YANG BERKHASIAT UNTUK MANUSIA


GRED AAA~ WARNA UNGU/VIOLET
GRED AA~ WARNA KUNING/EMAS/PUTIH



GRED AAA WARNA UNGU MERUPAKAN ANTARA PILIHAN UTAMA MASYARAKAT CINA SEJAK SEKIAN LAMANYA DALAM PENYEDIAAN JUADAH SPT SUP.
IA MEMILIKI KANDUNGAN KHASIAT YANG AMAT TINGGI BERBANDING DENGAN RUMPAI GRED AA DAN A...  IA TERLEBIH DAHULU DITERNAK DI NEGARA JEPUN SEBAGAI MAKANAN RUJI KAUM PENDUDUK DI SANA.....


TAHUKAH ANDA?

KHASIAT RUMPAI UNGU INI ADALAH SETANDING DENGAN ALGA SPIRULINA DAN CENDAWAN GANODERMA.... MEMILIKI KHASIAT SEPERTI SAYURAN BAYAM, KUBIS,TERUNG,ANGGUR.... PERSIS DENGAN PROTIN DAN KOLAGEN IKAN MERIN, WALIT, DAN SOYA.... MAKA.... SETIAP KEPERLUAN TUBUH BADAN KITA..BOLEH DIPENUHI OLEH TUMBUHAN INI.... AJAIB BUKAN...

DENGAN MEMAKAN RUMPAI INI:

  • BERSAMAAN ANDA MEMAKAN BAYAM,KUBIS DAN ASPARAGUS DLM 1 SUDU SHJA
  • BERSAMAAN ANDA MEMAKAN SIRIP IKAN YU SECAWAN BESAR.....................................
  • BERSAMAAN ANDA MEMAKAN SUP SARANG BURUNG SECAWAN BESAR.....................
  • BERSAMAAN ANDA  MEMAKAN VITAMIN TERBAIK DRP BUAH BUAHAN.....................

 

 

 

KHASIAT,PENGAMBILAN,DAN PENYEDIAAN KOLAGEN RUMPAI LAUT/ Pure Marine Collagen


1.    10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil rm300)- khasiat same dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribuan)-
24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarag burung layang-layangdie tahan 3-4 week
2.    Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6
3.    Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
4.    Anti-bakteria, ANTI JERAWAT
5.    membuang TOKSIN
6.    Menghilangkan SEMBELIT
7.    Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension @ MENYEIMBANGKAN TEKANAN DARAH
8.    MENCANTIKKAN KULIT,
9.    MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
10.  Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
11.  Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
12.  Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
13.  mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
14.  Membantu meningkatkan METABOLISME
15.  Meningkatkan fungsi stomatch
16.  Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
17.  Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
18.  Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
19.  Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
20.  SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
21.  Mencegah ANEMIA
22.  Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
23.  Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
24.  Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
25.                Sesuai utk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu shj)
26.  kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
27.    merawat masalah kulit.
28.    MENGELAKKAN MASALAH JANTUNG
29.   MENGUATKAN AKAR RAMBUT DAN MENCEGAH KEGUGURAN
30.   MERAWAT KENCING MANIS

Perbezaan Rumpai ungu dan putih@kuning drp aspek fungsi 

UNGU LEBIH KEPADA MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,STROK,GOUT,ASMA DAN SBGNYA... MANAKALA KUNING BERPERANAN LEBIH UNTUK KECANTIKAN LUARAN**** SILA AMBIL NOTE!

CARA- CARA PENGGUNAAN

1. BASUH KOLAGEN MENTAH SEBANYAK 5 KALI
2.  RENDAM KE DALAM AIR SEJUK DI BEKAS PLASTIK SELAMA SEHARI
3.  KELUARKAN KOLAGEN, BASUH SEKALI LAGI SEPERTI BASUH BERAS
4.  REBUS KOLAGEN MENGGUNAKAN 1.5 LITER AIR DENGAN SUHU SEDERHANA SELAMA 40 MINIT DIKACAU SENTIASA .
5.  SEJUKKAN KOLAGEN KEDALAM PETI SEJUK.
6.  HASILNNYA SEAKAN AGAR-AGAR.`

~~UNTUK UNGU= BASUH 6X DGN AIR PUTIH, PASTU BASUH 2X DGN AIR ASAM JAWA..BASUH LAGI SEKALI DGN AIR PUTIH..MASA RENDAM..GUNA DAUN PANDAN SEKALI..MASA REBUS..GUNA DAUN PANDAN GAK UNTUK HILANGKAN BAU HANYIR

CARA PENGAMBILAN

AMBIL 3 SUDU BESAR KOLAGEN KEDALAM AIR SUAM. KACAU SEHINGGA MENJADI CAIR. AMALKAN 3 KALI SEHARI. SEBELUM SARAPAN, SEJAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI DAN SEBELUM TIDUR.( BOLEH CAMPUR DENGAN MANA MANA PERISA MINUMAN ATAU JUS BUAH BUAHANAN. 

ELAKKAN MEMINUM MINUMAN BERGAS DAN BERKAFEIN UNTUK HASIL YANG LEBIH CEPAT. AMALAKN SEKALI PENGAMBILAN VITAMIN C 500 GM SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MAKSIMUM.

WARNA MEMAMG MEMMAINKAN PERANAN PENTING DALAM SESUATU PERKARA.
*WARNA CERAH BERMAKSUD KUALITI DAN JUMLAH GIZI BERADA PADA TAHAP SEDERHANA SERTA TINGGI KANDUNGAN AIR
*
WARNA GELAP SEPERTI UNGU MEMILIKI POTENSI TINGGI DALAM DUNIA PERUBATAN DAN KOSMETIK. MELANIN WARNANYA DISELAPUTI SEJUMLAH BESAR PROTIN, VITAMIN DAN ZAT GALIAN YANG AMAT TINGGI SERTA KANDUNGAI AIR YANG BESAR.


* S0 KAT SESIAPA YANG RASA NAK HASIL CEPAT SANGAT TUE...NAK PUTIH MELEPAK MACAM ADIRA AF TU.... GUNALAH YG PURPLE TUE.... TP
DEPANDS KAT SISTEM BODY ABSORBATION UALSSS JUGAK KN.... YANG CERAH PUN AMAT BERKHASIAT... RAMAI DAH GUNA...HASIL NOT BAD... :)

SECARA KESIMPULANNYA.. UNGU LEBIH BAIK UNTUK MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,GOUT,STROK DAN SBGNYA DISAMPING KECANTIKAN LUARAN 

MANAKALA UTK KUNING, IA LEBIH KEPADA FUNGSI KECANTIKKAN KULIT LUARAN SAHAJA....

Tapi uolss yang ada penyakit tu rujuk pada doc dulu untuk elak penambilan berlebihan sebab rumpai ni boleh meningkatkan sistem imune badan, antioksida tinggi. Jadi anda kena tahu tentang badan anda ok ? :) sebab kengkadang yg ada penyakit cam kencing manis ke, etc diorang ada pantang kan? takley makan manis bla bla bla. (ini contoh sahaja)..Rumpai ni khasiat terlebih2 so wajib rujuk doc dulu kalau ada penyakit!

Kalau untuk masker sukahati korang lah nak pakai banyak mana.. :)

Untuk yang pregnant pula:
* IBU MENGANDUNG - KULIT BABY JADI CANTIK (untuk kandungan 6 bulan keatas shj)
* IBU RASA BERTENAGA N TAK MUDAH LETIH
* IBU MENYUSU - BLH MKAN XDA MSLH...COLLAGEN NI TINGGI MINERAL,HAMPIR MENYAMAI SUSU IBU
* KANAK-KANAK YANG BERUMUR 2 TAHUN KE ATAS
* WANITA SELEPAS BERSALIN TIDAK DIGALAKKAN MAKAN RUMPAI LAUT HINGGA SELEPAS 2 BULAN BERSALIN,ANDA BOLEH CONSUME SEMULA.. 
Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak secara berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Bersederhana...

 

SETAKAT NI..HARGA NI ADALAH YG PALING  BERPATUTAN,TIADA BAHAN KIMIA DAN KELUARAN BUMIPUTERA.

 

So, kepada sesiapa yg nak order.. saya boleh tolong order kan sekali made in laut Semporna Sabah

Harga  100g Kolegan Gred AAA@ UNGU = RM 20 sahaja
                                    Gred AA @ KUNING = RM 18 sahaja

Thursday, 20 September 2012

Kenali Penyakit Kencing Manis

Doa Rawat Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Sakit Jantung

Salam Pembaca Yang Setia,
N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV “Tanya Ustaz” iaitu “Indah Perubatan Islam” oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan “Doa Rawatan” untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.
Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk “Indah Perubatan Islam”. 
Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
DOA 1.
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
DOA 2.
Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)

PENYAKIT KENCING MANIS

Kencing Manis

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Diabetes Primer
Diabetes Sekunder
Simptom / Gejala
Rawatan
Pemakanan
Senaman
Insulin
Tablet anti-diabetes
Hipoglisemia
Komplikasi
Komplikasi Kesan akhir
Pengawalan paras glukosa darah
Pemantauan glukosa darah
Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Penjagaan kulit
Penjagaan kaki
Penjagaan mata
Pesakit kencing manis haruslah:-
Penjagaan dental (gigi)

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:
Diabetes Primer
Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.

Jenis II (NIDDM)

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.
Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.
Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.
v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
    ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.

v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi,
    oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus
    diambil.

v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah
    diproses, coklat dan madu harus dielakkan.

v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
    peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit
    jantung. Elakkan daripada
    menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.

v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan
    makanan seperti kerepek dan kacang tanah.

v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
    seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
    memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.

v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
    normal.

v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana
    alkohol akan mengubah paras glukosa darah.


Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.
Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.
Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan: v Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran
    darah).

v Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.
v Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.
Tablet anti-diabetes
Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu: v Sulfonilurea – ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak
     insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.
v Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin – ubat ini seperti repaglinide
     merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya
     berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat
     ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat.

v Biguanid – ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga
     menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin.

v Thiazolidinedion – ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan
     gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma
     karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone

v Perencat alfa-glukosaidase – ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam
     usus kecil. Misalnya acarbose.

Hipoglisemia
Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana: v Makan terlalu sedikit.
v Masa makan yang tidak tetap.
v Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
v Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu
     berat.

v Penyakit misalnya cirit-birit
Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
Simptom
Simptom hipoglisemia adalah:
v Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
v Mudah marah
v Pening
v Loya dan lemah
v Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
v Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Komplikasi
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.
Komplikasi Kesan akhir
Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal. Kecederaan salur darah besar Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

Pengawalan paras glukosa darah
Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan. Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ‘ujian hemoglobin terglikosilat’. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.

Pemantauan glukosa darah
Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi anda boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut. Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.

Penjagaan kulit
Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: v Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi
     perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.

v Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan
     iritasi kulit.

v Gunakan air suam untuk mencuci.
v Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau
     terdapat inflamasi.

v Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.
v Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang,
     lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.

v Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan
     kelembapan kulit.

Penjagaan kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu. v Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan
     kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.

v Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim
     pelembap.

v Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
v Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan
     bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai
     kasut.

v Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
v Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang
     kalus (kulit tebal pada kaki)

kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.

Penjagaan mata
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.
Pesakit kencing manis haruslah:-
v Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
v Memeriksa tekanan darah secara berkala.
v Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan.

Penjagaan dental (gigi)
Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.

Wednesday, 29 August 2012

KENALI KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT


“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - Faathir:27

</>
Fruit and leaves of Swieteniamacrophylla

Kingdom:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Swietenia
Jacq
Species
Elutheria M.Roem.
Mahagoni Adans.
Roia Scop.
Suitenia Stokes, orth. var.[1]


Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan mahoni.

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.




Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.

Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.

Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.

Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.

Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk rejang, paku-pakis ini sangat penting kerana rizomnya apabila ditumbuk sampai halus serta dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dapat mengubat penyakit tersebut. Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk halus.

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
Tiga bahan aktif yang utama

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.





1.
  1. Flavonoids
Flavonoid adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas karbon yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes (hornworts, liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms, dan angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:

i) anthocyanin,

ii)flavones,

iii) flavonols,

iv) isoflavonoids, dan

v) proanthocyanidins.

Flavonoid –falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu sitoplasma (cytoplasm) dan kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles) kecil yang dicantumkan (fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan kulit (epidermis) dan tisue luaran (korteks).

Fungsi asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai pertahanan, memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan virus dan untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui evolusi masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment /Warna (Anthocyanins) dalam tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan.

Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi sel-sel asas. Asas utama rantai polymer flavonoids (Proanthocyanidins) berkumpul dalam vacuoles sel-sel kortikal, kot benih dan tisu sekunder seperti kulit kayu, di mana mereka membentuk campuran pigmen hitam coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat dalam dinding. Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah sekitar dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules).

Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.

Keadaan isi buah tunjuk langit

-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.

- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.

-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.

-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)


FUNGSI-FUNGSI UTAMA FLAVONOIDS DAN BIOFLAVONOIDS.


· Mengurangkan paras gula dalam darah dan

· menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

· Memperbaiki kelancaran peredaran darah.

· Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.

· Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.

· Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam darah.

· Bioflavonoid semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah

· Bertindak sebagai anti pengoksida.

2. SAPONINS –
Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.

-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.

-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Fungsi-fungsi Utama Saponins

 
· .Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.

· .Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.

· .Meningkatkan fungsi pembinaan darah.

· .Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.

· .Melancarkan sistem saluran pernafasan.

· .Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.

· .Memperbaiki sistem peredaran darah.

· .Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)

· .Mengelakkan kemabukan dan keracunan.

· .Mententeramkan fikiran dan otak.

· .Menghilangkan kelesuan minda.

· .Melambatkan proses penuaan.

· .Memperbaiki isomnia.

· .Menguatkan hati.

BITTER ALKOLOIDS –
Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Faedah-faedah lain:

Menghilangkan sembelit / penghadaman,
Gastrik
Saraf
Mencegah ketumbuhan Tumor
Kecantikan kulit
Jerawat
Rheumatism
Lelah
Nyanyuk