Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan. Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan." Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran. Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut. Caranya: 1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki. 2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring. 3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri. Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar. Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba. Amalan suami semasa isteri mengandung.Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung: a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba. i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anakb yang akan lahir nanti. k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah AnNahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. Adab suami ketika isteri sedang mengandung Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman h idup yang paling dekat. b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.. e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Dorongan Suami semasa isteri bersalin: Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. Mengapa bayi lahir menjadi kenan Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak 1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormone yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa Cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu. 2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsidengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. 3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa. |
Friday, 19 August 2011
Zuriat
Thursday, 18 August 2011
PETUA 8P USTAZAH SITI NURBAHYAH
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran pasangan
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Wednesday, 17 August 2011
AKIKAH & QURBAN
QURBAN
APAKAH ITU IBADAH QURBAN?
Definisi dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah Taala.
BILA & BAGAIMANA MELAKSANAKAN QURBAN?
Ibadah Qurban boleh di lakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanya pada hari yang di khususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana diantara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.
APAKAH HUKUM IBADAH QURBAN?
‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Tirmizi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
“Siapa yang mempunyai kelonggaran (harta), namun ia tidak melaksanakan qurban, maka janganlah ia mendekati masjidku” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).
Walaupun hukum berqurban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Ini berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
APAKAH BINATANG YANG DIBENARKAN UNTUK IBADAH QURBAN?
Unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.
BERAPA BILANGAN/BAHAGIAN BINATANG UNTUK QURBAN?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahagian paling sedikit yang harus dilakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batas untuk bilangan paling banyak, mengikut kemampuannya. Seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.
BOLEHKAH SAYA WAKILKAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN?
Hukumnya adalah harus.
AQIQAH
APAKAH IBADAH AQIQAH?
Menyembelih haiwan pada hari ketujuh dan mencukur rambutnya (definisi menurut kitab Imam Ibnul Qayyim). Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
BILA AQIQAH DILAKUKAN?
Boleh dilakukan dari bayi baru lahir sehingga akil baligh. Afdhal/utama ialah pada hari ke tujuh kelahiran bayi itu. Rasulullah bersabda “Semua anak bayi tergadai dengan aqiqah yang pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya" (Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81)
APAKAH HUKUM AQIQAH?
Hukumnya sunat mu'akad (dituntut).
APAKAH NAS-NAS BERKENAAN AQIQAH?
Rasulullah bersabda “Aqiqah dilaksanakan kerana kelahiran bayi, maka sembelihlah haiwan dan hilangkanlah semua gangguan darinya" (Riwayat Al-Bukhari )
Rasulullah bersabda ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
BERAPA BILANGAN/BAHAGIAN BINATANG UNTUK QURBAN?
Untuk bayi lelaki, 2 ekor kambing. Untuk bayi perempuan, 1 ekor kambing.
Ini merujuk kepada riwayat daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Tetapi masih sah jika bayi lelaki hanya seekor kambing. Ini merujuk kepada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
SAYA TELAH MELAKUKAN IBADAH AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI SAYA DENGAN SEEKOR KAMBING. BOLEHKAH SAYA TAMBAH LAGI SEEKOR UNTUK CUKUPKAN 2 EKOR KAMBING?
Boleh dan sah,
BOLEHKAH SAYA LAKSANAKAN AQIQAH UNTUK CUCU/SAUDARA KERANA IBU BAPANYA KURANG BERKEMAMPUAN SEWAKTU ITU?
Boleh dan sah,
BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN AQIQAH UNTUK DIRI SAYA SENDIRI (TELAH AKIL BALIGH) KERANA DULU IBU BAPA BELUM MELAKUKANNYA UNTUK SAYA?
Boleh dan hukumnya harus.
Note:
Abang, Ana & Zafirah - selesai Akikah
Danish & Siti Nur Jannah - belum Akikah
Thursday, 11 August 2011
Panduan Bagaimana merangsang anak solat
Hasil tulisan: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.(Hak Cipta Terpelihara 2011 @ MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.)
Hari ini saya menerima satu soalan dari pengunjung blog yang bertanya bagaimana cara bagi kita mendidik anak supaya solat. Oleh itu saya mengambil kesempatan menjawab soalannya melalui artikel yang ditulis ini bagi memudahkan orang lain memanfaatkannya juga.
1) Ibu bapa mesti menjadi contoh dahulu. Mudah sahaja, ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat. Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama. Bagi anak-anak yang kecil, iaitu usianya antara 1 hingga 6 tahun maka cukuplah kalau mereka sekadar memerhatikan kita bersolat atau ikut sama solat tetapi main-main. Kita baru rukuk dia sudah pun sujud. Kita belum habis lagi dia sudah pun beri salam dan bermain. Tidak perlu bertegas atau berkeras. Usah sampai dia rasakan solat itu satu hukuman. Biarkan sahaja dia begitu sebab yang penting dia nampak kita bersolat. Anak-anak lebih percaya apa yang dia lihat daripada apa yang kita cakap. Malah 80% didikan adalah melalui tauladan bukannya melalui perkataan. Tauladan maknanya apa yang anak kita nampak dilakukan oleh kita setiap hari.

2) Ajak anak-anak anak-anak berjemaah. Usah jadikan sibuk sebagai alasan tidak mampu mendirikan solat secara berjemaah di rumah. Kalau tidak sempat berjemaah pada waktu Subuh, boleh berjemaah di waktu Maghrib. Apabila masuk waktu solat, hamparkan sejadah di ruangan yang sesuai, panggil semua anak-anak dan suruh mereka berwuduk. Suruh anak lelaki yang sulong azan dan kemudian iqamat. Lazimkan solat secara berjemaah dan anak-anak akan terbiasa dengannya. Selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya.
3) Tegas dan berdisiplin. Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). Hadis ini menunjukkan betapa tegasnya Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah solat. Sebab solat itu tiang agama. Orang yang tidak menjaga solatnya tidak layak dijadikan imam, pemimpin dan suami. Memukul anak seawal usia 10 tahun bukanlah bermakna menderanya. Cukup sekadar ia tahu bahawa kita serius dalam bab solat ini. Kegagalan ibu bapa dalam bertegas adalah punca anak-anak malas solat terutamanya apabila mereka dewasa. Malah ramai ibu bapa yang rasa kesian nak kejutkan anak mereka yang lena tidur di waktu subuh atas alasan tidak apalah anak belum akil baligh lagi. Kalau waktu rebung tidak dilentur tidak akan mungkin mampu dilentur ketika sudah separa buluh.
4) Nasihatkannya dengan baik. Apabila anak-anak tidak solat cubalah nasihakan mereka dengan cara yang baik. Terutamanya bagi anak-anak yang sudah masuk usia remaja iaitu 15 hingga 21 tahun. Ceritakan hukuman Allah yang menantinya apabila tidak solat. Ceritakan ganjaran syurga dan seksa neraka. Ceritakan kesan dan akibat yang akan menimpa mereka yang tidak solat baik balas dunia atau akhirat. Bawakan kepadanya kisah-kisah Nabi SAW dan para sahabat tentang solat. Sampaikan padanya bagaimana Nabi SAW pernah solat malam hingga bengkak-bengkak kakinya. Usah berputus asa. Nasihatlah anak-anak dengan sabar dan berterusan. Kalau bukan kita, ibu bapanya, menasihatkan maka siapa lagi?
5) Doakan anak. Banyakkanlah berdoa agar anak-anak lembut hati dan mendengar kata. Buatlah solat hajar agar anak lembut hati bagi mendirikan solat. Bacakan ayat 21 dalam surah Al-Hasrh (59) dan sapukan pada ubun-ubun anak.

Doakan anak setiap kali kita teringat akan dia meski pun ketika itu kita sedang bekerja, memasak, memandu dan sebagainya. Sebab ketika kita teringat akan anak maka ketika itu insya Allah dia juga teringat akan kita. Oleh itu manfaatkan hubungan yang unik ini. Usah merasa putus asa jika doa belum makbul sebab berputus asa dari rahmat Allah itu tanda-tanda kekufuran. Yakinlah Allah pasti makbulkan doa kita cuma masanya sahaja yang belum tiba.
6) Berikan masa bagi anak melakukan perubahan. Ada ketikanya kita tidak sabar. Sesuatu tabiat memakan masa bagi mendarah daging. Sebab itulah mendidik anak solat perlu bermula seawal usia 7 tahun iaitu beberapa tahun sebelum anak-anak akil baligh. Setiap kali menegur anak solat, ucapkanlah begini, "Aiman, sekarang dah pukul 6.30 petang tapi Aiman masih belum solat. Aiman kan anak yang baik kenapa mesti begini. Sekarang tak apalah juga Aiman baru 11 tahun. Tahun depan Aiman dah masuk usia 12 tahun, mak tidak mahu lihat Aiman begini lagi tau. Ok, sekarang pergi tunaikan solat Asar itu." Ada beberapa perkara yang menarik dalam teguran ibu ini. Pertama, dia ingatkan anaknya tentang solat. Kedua, dia wujudkan jambatan emosi dengan mengatakan yang anaknya itu budak baik. Ketiga, dia letakkan jangkaan bahawa anaknya mesti berubah pada usia 12 tahun. Keempat, dia minata anaknya solat sekaran. Ucapan sebegini membuatkan anak lebih senang berubah. Bayangkan pada hari lahirnya 12 tahun nanti apabila kita berikan Aiman hadiah sejadah dan baju sembahyang. Otaknya terus faham bahawa masanya untuk berubah dan menjaga solat sudah pun tiba.
7) Bisikkan di telinganya sewaktu dia tidur. Minda akan memproses maklumat yang disampaikan padanya berulang kali dalam gelombang theta. Oleh itu, hampiri anak yang sedang tidur lalu usap kepalanya, atau tepuk-tepuk badannya sambil berulang kali menyebut, "Aiman, rajin solat yer nak." Terus menyebut kata-kata tersebut sehingga anak memberikan respon seperti mengangguk, mengalih badan atau seumpamanya. Kemudian, sebut beberapa kali lagi lalu tinggalkanlah anak itu. Lakukan perkara ini setiap malam selama 1 hingga 3 minggu dan insya Allah berhasil. Yang penting yakin dan positif.
8) Bawa anak-anak ke surau dan masjid. Biasakan anak-anak ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan suasana beribadah tidak akan kekok melakukannya apabila sudah akil baligh. Tambahan pula, apabila dia ke masjid, potensi bagi dia berkawan dengan mereka yang kaki solat juga tinggi. Kalau dia melepak maka potensi untuk dia jadi kaki rempit pula yang tinggi. Pilihan ditangan kita sebagai ibu bapanya. Usah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah mahu disesalkan. Masalahnya, orang tua pun sekarang liat ke masjid.
9) Lakukan Rawatan Islam. Ya betul, saya memang serius. Lakukan rawatan Islam. Mengikut pengalaman saya ramai anak-anak yang mals, degil, tidak solat dan tidak suka membaca al-quran disebabkan adanya gangguan syaitan dan iblis yang berbisik-bisik di kalbunya. Tetapi bukanlah semua kes tidak solat disebabkan oleh gangguan. Ada juga yang memang sudah jenis pemalas. Cuma tidak salah melakukan rawatan jika semua perkara yang disarankan di atas telah pun dilakukan.

Sunday, 7 August 2011
Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap
Kek Coklat Lembab yang Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:

- Pukul telur hingga kembang
- Masukkan gula dan pukul lagi
- Kemudian masukkan minyak masak
- Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
- Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
- Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk
Friday, 5 August 2011
Gelombang Alpha -- siri 2
Salam Evolusi Selamat berjumpa lagi dalam post minggu ini. Seperti yang pernah dijanjikan, saya ingin menyambung perkongsian tentang Gelombang Alpha. Seperti yang diterangkan pada post yang lepas gelombang Alpha sangat sesuai untuk mendapatkan apa yang dinginkan. Dalam post kali ini kita berkongsi dengan lebih mendalam tentang gelombang alpha.
Ramai di antara kita menggunakan gelombang minda beta dalam pekerjaan seharian. Semua perkara yang kita lakukan menggunakan minda sedar atau conscious mind. Setiap pekerjaan mesti ada logik, mesti mengikut aturan, mesti kena dengan susunan. Itu semua dilakukan dengan minda sedar. Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh minda sedar sehingga menyebabkan gelombangnya menjadi begitu padat. Itu tidak termasuk lagi dengan penyelesaian masalah, mana masalah rumahtangga, anak-anak, kewangan. Contohnya ini dah akhir tahun, tak lama lagi persekolahan bermula, mana masalah, anak masuk sekolah, mana masalah bas sekolah, buku sekolah, tuisyen dan terlalu banyak untuk difikirkan. Ini semua dilakukan dengan minda sedar. Keadaan ini mendorong kepada gelombang minda di tahap Beta. Oleh kerana keadaan semasa yang beginilah minda kita terasa seolah-olah tepu, jam, tak boleh nak fikir lagi, sakit kepala, kepala rasa ketat, mood lari, rasa hendak marah sentiasa.Bila situasi ini berlaku percaya dan percayalah, tiada kejayaan yang boleh kita raih, jauh sekali untuk mencapai tahap jutawan. Bagaimana tidaknya, minda kita tidak lagi kreatif, feel atau perasaan yang dikeluarkan semuanya berunsur negatif atau dalam erti kata lain, ‘bad feeling’. Bolehkah kita ubah keadaan ini? Tentu sekali jawapannya ‘BOLEH’. Bagaimana? Cara konvensional yang selalu disyorkan adalah dengan melakukan meditasi dan pernafasan terarah.
Pasti ramai yang mengeluh mendengar jawapan saya. Mana saya ada masa nak buat meditasi, kerja yang ada pun tak selesai malahan bertimbun setiap hari. Itu terpulang pada individu. Kata pepatah; hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Ramai dan rata-rata sikap bangsa kita adalah memberi alasan. Sedang ramai yang membuat perubahan kerarah kejayaan kita pula sibuk mencipta alasan.
Gelombang Alpha ini sangat berguna untuk mencapai kejayaan. Bagaimana ia berlaku atau apa hubungkait antara kejayaan dan gelombang minda alpha? Baiklah akan saya terangkan di sini.
Minda kita terbahagi kepada 2 bahagian. Minda Sedar dan Minda Separa Sedar. Minda Sedar berurusan dengan semua perkara yang kita lakukan ditahap kesedaran iaitu, membaca, menulis, menyapu, makan, minum dan banyak lagi. Manakala Minda Separa Sedar pula mengawal semua sistem di tubuh kita. Antaranya, sistem jantung, pernafasan, pertumbuhan, pembiakan dan semua kerja yang minda sedar tidak mampu kawal. Contoh kerja yang dilakukan oleh minda separa sedar, jantung mengepam darah keseluruh anggota badan kita. Adakah kita sedar perkara ini dan kita kawal? Pastinya tidak. Kita hanya tahu perkara itu berlaku. Sama seperti rambut kita tumbuh dan memanjang, adakah kita kawal pertumbuhan itu? Juga tidak. Inilah kehebatan minda separa sedar. Ia mampu melakukan perkara yang diluar kawalan minda sedar.
Minda Sedar mampu memilih, menerima dan menolak sesuatu pemikiran, manakala Minda Separa Sedar hanya menerima arahan yang diberi oleh Minda Sedar. Ia tidak mampu untuk memilih atau menolak arahan tersebut. Untuk Minda Sedar memberi arahan yang betul kepada Minda Separa Sedar, ia harus berada di tahap Alpha. Bahasa yang diterima pakai oleh Minda Separa Sedar hanyalah dalam gelombang Alpha. Bahasa yang sama juga dipakai oleh Universe atau Khazanah Allah untuk merealisasikan impian kita.
Mengapa gelombang Alpha? Ini adalah kerana Gelombang Alpha adalah gelombang yang frekuensinya berada di tahap 8-12Hz. Frekuensi ini sangat damai dan tenang. Melalui frekuensi ini jugalah segala doa dan permintaan kita diterima oleh Allah. Hal ini berlaku kerana minda kita berada di tahap Alpha ketika melakukan solat. Solat juga adalah salah satu medium meditasi. Kerana itu, apabila kita melakukan solat dengan khusyuk dan tawaddu’k insyaAllah segala doa kita pasti dimakbulkan oleh Allah.
Gelombang Alpha ini sebenarnya kita alami pada beberapa ketika di dalam kehidupan seharian, antaranya ketika mandi, memandu kenderaan, menonton televisyen, mendengar radio. Namun tahap Alpha yang kita terima ketika menonton televisyen dan mendengar radio tidak berapa bagus kualitinya. Ini adalah kerana apa yang ditonton dan didengar akan diserap terus menerus oleh minda Alpha tersebut, dan ia akan diproses seolah-olah perkara tersebut berlaku kepada kita. Sebab itu bila kita selalu menonton drama atau rancangan yang sedih kehidupan seharian kita juga akan mengalami situasi yang sama. Hal ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut pada post yang akan datang.
Jika kita perhatikan, ramai usahawan berjaya lebih senang bersantai di padang golf, rumah kelab, makan di restoran mewah, berbelanja di gedung mewah, window shopping di kompleks membeli belah mewah, ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan rasa kemewahan tersebut. Ketika kita bersantai, termasuk window shopping, minda kita akan berada di tahap Alpha. Gelombang yang terbentuk ketika ini sangat berkualiti. Ketika ini minda separa sedar akan merakamkan suasana gembira dan seronok ketika melakukan aktiviti tersebut. Maka tenaga yang dihantar oleh Minda Separa Sedar kepada universe atau khazanah Allah adalah tenaga keseronokkan. Oleh yang demikian jawapan yang akan dijawab oleh universe atau khazanah Allah adalah jawapan keseronokan.
Inilah antara tips mengapa ramai orang kaya bertambah kaya. Apabila mereka praktikkan perkara tersebut berulang kali, mereka akan membentuk satu tenaga keseronokkan atau tenaga kepuasan dan perasaan yang lahir pastinya perasaan yang seronok, rasa kaya, rasa mewah, rasa hebat. Jika rasa ini dapat kita hadirkan berulang kali dalam kehidupan, minda separa sedar akan merakamkan kebahagian tersebut. Itulah antara tips mudah untuk mendapatkan gelombang minda Alpha, dan itu lah juga tips bagaimana untuk menjadi kaya. Kita mesti lahirkan atau hadirkan feel kaya, feel mewah, feel happy, jadi minda separa sedar akan merakam suasana tersebut dan keluarkan getaran yang sama kepada universe atau khazanah Allah. Getaran yang diterima akan dihantar semula oleh universe kepada kita.Sekiranya kita mampu berada ditahap gelombang minda Alpha dengan lebih kerap, maka lebih cepat dan senang untuk kita mencapai impian menjadi jutawan atau mencapai kejayaan yang diinginkan
KUASA MINDA
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
Apa itu Gelombang Alpha atau Alpha Wave?
Sebenarnya gelombang minda terdiri daripada 4 iaitu, Beta, Alpha, Theta dan Delta. Setiap gelombang ini memiliki frekuensi yang berbeza.

Ketika kita sedang dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus atau pendeka kata dalam setiap urusan atau kehidupan biasa, gelombang minda kita berada dalam keadaan Beta.
Gelombang Beta merupakan gelombang yang ‘sibuk’. Getarannya sangat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini sangat sinonim dengan mereka yang stress, buntu fikiran, tak keluar idea, cepat tension, cepat marah, cepat meradang. Boleh dikatakan gelombang ini mempengaruhi kita menjadi lemah fikiran akibat tekanan. Namun itulah dia gelombang yang sentiasa kita miliki dan dalam erti kata lain, kita suka dengan gelombang itu. Kenapa saya kata begitu? Kerana walau dalam apa juga keadaan, kita tetap suka duduk dalam keadaan yang sibuk itu. Dengan alasan dah memang kerja saya begitu, susah, bos cerewet, kena hantar in time dan banyak lagi. Maka dari mula hingga akhir kita akan tetap duduk dalam keadaan itu, namun apa yang di cita-citakan tetap tak dapat.

Gelombang Alpha pula ialah gelombang di mana ketika itu minda kita berada di tahap rehat. Ketika bila minda berada di tahap Alpha? Minda berada di tahap Alpha ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika kita solat. Untuk pengetahuan para pembaca, gelombang ini merupakan gelombang yang paling utama untuk kita mencapai apa yang kita inginkan. Gelombang Alpha ini tercetus atau terjadi ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya ketika kita mandi, waktu mandi kita tidak berfikir benda yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran kita akan melayang, kadang-kadang kita berfikir benda yang di luar bidang kita, kita terkhayal perkara yang kita tak ada ketika ini.
Adakala, kita membayangkan kita sedang memandu kereta idaman, berada di rumah idaman, dating dengan gadis/teruna idaman. Adakala kita membayangkan memiliki perniagaan yang hebat sedangkan pada hakikatnya kita masih makan gaji. Ketika itu lah gelombang minda kita berada di tahap Alpha. Sebenarnya untuk kita memiliki apa yang kita idamkan kita mesti berada di dalam keadaan Alpha. Kreativiti juga hadir ketika minda kita berada dalam keadaan Alpha. Bila kita kreatif barulah banyak idea untuk maju akan hadir dalam minda kita.
Jika dalam perniagaan kita sememangnya di kehendaki menjadi kreatif. Bagaimana untuk mendapatkan gelombang Alpha ini? Di sinilah Alpha Brain Wave, iaitu satu ciptaan muzik berbentuk digital boleh digunakan untuk membantu mendapatkan gelombang alpha ini. Muzik tersebut merupakan hasil kaji selidik pakar-pakar bagi membantu membetulkan getaran gelombang minda dan seterusnya membantu mereka yang menggunakannya untuk mendapat tahap gelombang Alpha dengan lebih cepat.

Selain itu mereka yang rajin melakukan sembahyang tahjjud dan meditasi juga mudah untuk berada di tahap Alpha. Gelombang ini merupakan frekuensi yang seiring dengan frekuensi universe. Ini bererti jika kita ingin menghantar pesanan kepada universe kita hendaklah berada dalam frekuensi yang sama dengannya. Contoh ini sama dengan frekuensi radio, jika di Melaka siaran yang sama tetapi memiliki frekuensi yang berbeza daripada Kuala Lumpur atau Terengganu. Meditasi sangat membantu dalam kita memastikan gelombang minda kita sentiasa berada di tahap Alpha.

Gelombang Theta pula ialah gelombang dalam keadaan rehat yang mendalam. Bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya didapati pada mereka yang bertapa. Ada juga perawat menggunakan hynosis untuk merawat pesakitnya, perawat akan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang Theta. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.

Gelombang Delta, corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau ditidurkan. Ketika berada di tahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini diperlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang pesakit itu.
Dalam Seminar Asas Evolusi Minda, peserta didedahkan dengan teknik pernafasan yang betul, meditasi dan fokus untuk membantu peserta mendapatkan gelombang minda Alpha pada setiap masa. Gelombang ini sangat penting jika seseorang itu betul-betul ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. Namun tidak dapat disangkal bahawa ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu ada semangat untuk berubah dan tahu apa yang dicari dan diinginkan sebenar-benarnya dalam hidup ini. Kita perlu tanya pada diri apakah yang aku betul-betul hendak di dalam kehidupan ini? Barulah dengan itu Alam dan terlebih-lebih lagi Allah tahu apa yang kita mahukan sebenar-benarnya sebelum memberikannya kepada kita.
Apabila kita telah ada satu ketetapan maka barulah kita ada fokus dan halatuju yang betul untuk mencapai matlamat tersebut. Jika kita masih ragu-ragu dengan apa yang kita sendiri ingin kan, bagaimana khazanahNya ingin merealisasikan kehendak kita? Kita kena PASTI dan YAKIN dengan apa yang dicari dan dicita, setelah seiringan barulah Khazanah Allah akan membantu kita untuk mencapai cita-cita kita.
Pandang positif dalam negatif
Kekadang Anda akan berjumpa dengan orang yang tak sukakan Anda. Anda tak tahu sebab apa dia tak suka Anda, jadi jangan sesekali mempersoalkan mengapa dia begitu atau seringkali berfikir mengenainya.
Tetapi, pandang kepada nilai-nilai positif yang ada dalam dirinya. saya dah ulang perkara ni banyak kali sejak dari tahun 2007 lagi.
Walau sejahat cemanapun orang tu, pedih cemana pun dia sakitkan hati Anda, fokus kepada sifat-sifat baiknya. Sebab, fokus kepada keburukan yang dia lakukan pada Anda, hanya akan membuat Anda tidak bersemangat, lemah longlai, down jadinya serta merta.
Semua orang ada sikap baik, juga sikap tak baik.
Pandang yang positif, dalam yang negatif. Fokuskan pada yang positif saja, walau pada zahirnya dia seorang yang lebih banyak berfikiran negatif, kuat mencaci dan mempamerkan muka yang tak menyenangkan.
Orang yang berfikiran negatif biasanya suka memandang buruk pada kemajuan orang lain. Anda maju sikit, dia jeles, berdendam, bahkan benci dengan Anda. Dalam hatinya penuh kata-kata negatif, caci maki dan bintik-bintik hitam yang sukar dibuang.
Bila jumpa orang camni, pedulikan dia. Biarkan dia sendiri, terkurung dengan pemikirannya dan dunianya. Selagi dia tak kacau Anda atau mencederakan Anda, biarkan saja dia.
Tetapi, teruskan dengan usaha Anda mahu mencapai matlamat kejayaan.
Lupakan saja dia, walaupun dia muncul setiap hari di depan mata Anda. Relaks, be in control, but donno saja..
Tak semua orang bukan melakukan apa yang saya sarankan ni. Sebab, tak semua boleh melupakan apa yang menyakitkan hati mereka, atau memaafkan kesalahan orang yang membuat mereka sakit hati tu.
Anda perlu kuat semangat, Anda perlu berani menjadi pemaaf.
Orang-orang berjaya, mengambil keputusan untuk melihat pada aspek-aspek positif saja, hanya yang positif lalu mengelak dari melihat yang negatif (walaupun sedikit). Elak sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin.
Sekali lagi, ia memerlukan semangat yang kuat. Kuatkan jiwa, kuatkan minda.

Minda Kita Kuat Kuasanya
Minda kita sangat kuat kuasanya. Ia menurut apa saja yang Anda masukkan ke dalamnya melalui fikiran Anda. Dalam usaha memburu kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, ilmu teknikal masih tak mencukupi.
Tetapi, ia perlu di sertakan dengan ilmu kejayaan. Maksud saya, di samping Anda mendalami bidang Anda sekarang, Anda mesti tahu cara memanfaatkan minda dan cara bagaimana membangunkan kuasa terpendam di dalam diri Anda.
Seperti kereta F1 yang power, sebuh motor Ducati yang perkasa dan seperti sebuh jet pejuang F22 yang meluncur laju di udara, ketiga-tiga 'benda' yang hebat ni perlu dipandu, dikawal dan di selenggara agar ia dapat mencapai jarak yang lebih jauh, lebih laju, lebih hebat, lebih berjaya, lebih cemerlang.
Minda kita begitu juga. Ia juga satu 'benda' kurniaan Yang Maha Esa.
Kuasanya sangat power, bahkan lebih power dari apa yang Anda boleh imaginasikan. Saya bukan doktor saikologi mahupun seorang professor minda, tapi saya berkata dari pengalaman sendiri setelah banyak membaca tentang kehebatan minda.
Di kala Anda berduka, mesti Anda perasan lebih banyak situasi yang membuat Anda lebih berduka muncul, lalu kedukaan semakin bertambah-tambah jadinya.
Tetapi, di kala Anda gembira, teruja, hepi, lebih banyak orang-orang yang menghepikan muncul di depan Anda, banyak situasi-situasi menghepikan Anda muncul tiba-tiba dan benda yang Anda idamkan dapat Anda perolehi tanpa disangka-sangka. Tak ke hepi kalau gitu, betul tak?
Anda memandu minda Anda tanpa Anda ketahui bagaimana caranya. Yang Anda tahu, Anda hanya berfikir, mengimaginasi dan timbul emosi tertekan, gudar, susah hati, kekadang gembira.
Minda mengikut apa yang Anda fikirkan. Minda saya mengikut apa yang saya fikirkan. Minda Anda begitu juga..
Apa yang Anda fikirkan muncul dari semua apa yang Anda baca, lihat, dengar, nampak, teliti, kaji dan yang Anda analisa. Untuk mengawal minda, Anda perlu berlatih mengawal fikiran.
Untuk mengawal apa yang ada di fikiran dan apa jua yang ada di kepala, Anda perlu bijak mengawal emosi. Emosi boleh dikawal bila Anda tahu potensi diri, Anda tenang setiap masa dan be in control.
Masalah kebanyakan orang adalah, mereka susah nak bertenang dan tak mahu melatih diri supaya bersabar. Mereka lebih suka menjadi agresif, pemarah dan berada dalam keadaan tertekan, dengan harapan supaya orang lain prihatin terhadap mereka atau takut dgn mereka.
Walhal, cara itu menarik masalah ke dalam hidup mereka sendiri. Bila fikiran sudah tertekan, lebih banyak masalah akan muncul tiba-tiba lalu membuat Anda menjadi berkali-kali ganda tertekan.
Mulai hari ini, muhasabah diri, belajar kawal emosi dan kawal rasa marah.
Orang-orang yang cemerlang, sabar mereka seluas lautan dan usaha mereka setinggi gunung di daratan, susah nak ditandingi kehebatannya. Kenali potensi minda dan gunakannya sebaik mungkin supaya Anda boleh berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan.
Sehingga ke hari ini saya juga masih belajar potensi minda dan masih tak berhenti mengkaji kehebatan minda. Saya mahu gunakannya supaya saya menjadi kuat, sekuat yang mungkin supaya saya dapat membina kehidupan cemerlang, secemerlang yang mungkin.
Means, strong in BODY, MIND, SOUL. I want to LiveStrong

Perkataan Akan Dan Boleh Dalam Afirmasi Minda Separa Sedar
Kali ni saya berkongsi tips minda separa sedar.
Saya andaikan yang Anda sudah tahu tentang afirmasi, apa dia afirmasi dan bagaimana menggunakan afirmasi untuk membina kekuatan minda separa sedar.
Check balik ayat afirmasi yang Anda gunakan. Saya mahu menyentuh tentang perkataan "akan" dan perkataan "boleh", jika Anda ada menggunakannya.
Bila dalam ayat afirmasi Anda ada perkataan "akan", minda separa sedar jadi keliru, sebab minda separa sedar tak tahu bila Anda mahukannya.
Perkataan "akan" merujuk pada masa yang lebih jauh ke depan, jadi apa saja matlamat yang anda masukkan dalam afirmasi, lambat ditarik datang pada Anda.
Misalnya, ayat "aku akan berjaya dalam perniagaan internet". Ayat ini terlalu umum sebab Anda tidak meletak bila Anda nak berjaya dan tahap kejayaan cemana yang Anda nak capai.
Contoh ayat afirmasi yang lebih berkesan adalah "aku boleh berjaya dalam perniagaan internet, mencapai untung bersih 1,000 dollar sebulan pada tahun 2008".
Dalam ayat kedua, ada jangka masa khusus (tahun 2008), target khusus (berjaya mencapai untung bersih 1,000 dollar sebulan) dan membuat Anda punya harapan untuk mencapainya (melalui perkataan "boleh" bukannya "akan").
Perkataan yang simpel boleh merubah jenis gelombang minda, jadi kena selalu berhati-hati dengan apa yang Anda katakan, yang anda lafazkan di dalam hati serta yang Anda selalu fikirkan.
Minda separa sedar menurut apa saja yang Anda fikir, yang Anda bayangkan selalu dan meditasikan.

Buat Keputusan
Kali ini saya berkata tentang membuat keputusan.
Dalam apa saja yang kita lakukan, kita takkan lari dari membuat keputusan.
Ketika nak beli beli sayur kat pasar, kita juga kena buat keputusan mana satu sayur nak pilih. Dalam semua aspek hidup, keputusan akan membuatkan kita buat pilihan. Ok, direct to the topic.
Bagi anda yang mengejar matlamat, semestinya telah membuat keputusan jitu untuk sehabis daya mengejar matlamat itu. Tak kira apa jua matlamat anda, pastikan ia keputusan yang benar-benar mukatamad.
Mengapa pula?
Sebab kadangkala ada di antara kita yang terus patah semangat dan give up bila mula berhadapan dengan cabaran dan apa saja yang menghalang. Ada yang tak nak teruskan lagi semata-mata dah mati akal dan dah tak tahu nak buat apa.
Akhirnya, matlamat hanyakah sekadar matlamat.
Dalam Anda mengejar matlamat, masalah yang timbul sebenarnya membuat anda menjadi lebih kuat, lebih berdaya saing dan membuat anda sedar adanya pelbagai approach dan pelbagai strategi untuk menggengam kejayaan.
Jadi bila anda berhadapan dengan cabaran, tanya diri anda 4 soalan ini :
1. Tentukan apa yang anda benar-benar mahu
2. Apa yang perlu dilakukan sekarang untuk mula bertindak
3. Pantau sama ada strategi anda berkesan atau tidak
4. Apa lagi approach dan strategi yang boleh digunakan.
Practice makes perfect. Lebih banyak anda bertanya 4 soalan ni, lebih banyak idea yang akan muncul dan lebih banyak Anda bertemu dengan situasi-situasi yang membantu Anda mencapai matlamat itu. Semua ini kerja Minda.
Bila anda membuat keputusan, tuliskan keputusan anda tu di atas kertas dan buat garisan di bawahnya.
Mengapa? Sebab ia memberitahu minda anda bahawa inilah keputusan mukatamad yang anda mahu buat. Ini bermakna anda benar-benar tahu apa yang anda mahukan.
Orang-orang yang berjaya menghadapi cabaran membuat keputusan yang cukup muktamad. Mereka takkan mudah patah semangat atau terus pula menumpu kepada perkara lain semata-mata kerana gagal hari ini.
Orang yang berjaya keluar dari kegagalan rata-ratanya membuat 3 keputusan dalam diri mereka:
1. Mereka tentukan apa yang perlu di beri fokus
2. Apa tujuan mereka fokus kepadaperkara tu
3. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk bergerak dan bertindak
Setelah membaca tip motivasi ni, cuba pratikkan apa yang saya kongsikan dengan Anda. Buat keputusan hari ini juga.
Tanya diri, apa yang anda mahu capai sebenarnya?
Sekarang, saya cadangkan Anda buat 2 keputusan muktamad di mana anda sanggup untuk mencapainya walau apapun yang akan terjadi.
Pertama sekali, buat satu buat satu janji pada diri sendiri dan janji pada orang lain yang Anda senang nak simpan. Tunaikan janji ni seboleh yang mungkin. Lakukan apa saja cara yang halal untuk menunaikan janji tu.
Tanpa anda sedari, anda membuktikan bahawa Anda boleh mencapai apa saja yang anda mahu.
Kedua, buat satu keputusan yang lebih besar. Biar keputusan kali ini banyak memberi inspirasi kepada anda.
Contohnya, Anda mahu menjana pendapatan US$1,000 dalam bulan Mei ini ataupun menulis 7 artikel di blog Anda dalam sehari.
Kemudian, beritahu keluarga, adik beradik dan kawan-kawan rapat tentang keputusan anda ni. Wujudkan komitmen pada usaha merealisasikan keputusan tu sehabis yang mungkin.
Kalau diorang start komplen, maknanya diorang dah lantik diri mereka sendiri secara tak sengaja untuk jadi pengkritik tetap Anda!
Maknanya, akan ada orang yang sentiasa mengingatkan Anda.

Nak yang baik atau yang buruk?
Inilah masalah kebanyakan orang. Mereka asyik berfikir tentang benda yang diorang tak nak. Selepas tu diorang heran kenapa semua apa yang dorang nak tu, muncul pulak depan mata dan tiba-tiba terjadi tanpa di pinta.
Minda tak mengenal buruk atau baiknya fikiran kita. Minda kita takkan pernah tahu apa yang kita selalu fikir tu baik atau buruk.
Apa saja yang Anda fikirkan , dia akan "tangkap" dan jadikannya real.
Lebih banyak anda berfikir pasal sesuatu, lebih banyak la ia akan muncul dalam hidup anda.
Minda Anda tak pernah tidur, ia sentiasa mendengar dan "menangkap" kata-kata hati Anda dan segala apa yang terbit dalam fikiran Anda.
Pernah tak anda sakit hati dengan seseorang dan anda asyik berfikir tentang dia, tetiba pulak orang tu selalu muncul di depan mata Anda?
Pernah tak, anda susah hati seharian sebab takut tak cukup duit, tiba-tiba pula di waktu petang anda jatuh dalam longkang dan terpaksa bayar ubat klinik? Duit anda jadi makin tak cukup.
Inilah Law Of Attraction. Dalam bahasa melayu, "attract" bermaksud "menarik".
Minda menarik semua apa yang anda fokus dalam fikiran. Ia akan membuatnya terjadi pada diri Anda.
Kuasa tarikannya lebih kuat jika wujud perasaan di dalam hati Anda. Susah hati, risau atau geram, semuanya dia "tangkap".
Kekadang apa yang Anda tak nak, itu pula yang terjadi. Misalnya anda berkata dalam hati :

"Aku tak nak rasa malas hari ni"
Minda anda anggap : "Aku mahu rasa malas hari ini"
Minda anda anggap : "Aku mahu rasa malas hari ini"
"Aku susah hati la, aku takut tak cukup duit"
Minda anda anggap : "Aku nak tak cukup duit"
Minda anda anggap : "Aku nak tak cukup duit"
"Aku tak nak takde idea bila menulis kat blog nanti"
Minda anda anggap begini : "Aku takde idea bila menulis kat blog nanti."
Minda anda anggap begini : "Aku takde idea bila menulis kat blog nanti."
"Aku tak nak Notebook aku ni kena curi nanti"
Minda anda anggap : "Aku nak Notebook aku kena curi nanti."
Nampak perbezaanya? Minda Anda tak kenal apa yang Anda mahu tu baik ke tak baik. Dia hanya tahu apa yang Anda asyik fikirkan dan apa yang anda fokus 100% tanpa disedari.
Nampak perbezaanya? Minda Anda tak kenal apa yang Anda mahu tu baik ke tak baik. Dia hanya tahu apa yang Anda asyik fikirkan dan apa yang anda fokus 100% tanpa disedari.
Fokuslah Fikiran Pada Yang Baik-Baik.
Selalunya apa yang kita tak nak? Huiii.. Banyak.
Macam masalah (apa jua masalah), tak cukup duit, bad mood, kereta tetiba rosak, pc tiba-tiba meragam dan kawan kat ofis pula tetiba naik hangin pula tak tentu pasal.
Apa reaksi kita selepas tu? Mestilah geram, sakit hati, marah dan nak memaki hamun tahap langit ketujuh. Lepas tu, fikiran kita pun asyik fokus pada reaksi kita tu, seharian kita layan geram!
Huh, adakah Anda sedar semua ni memuskahkan diri Anda sendiri? Tentunya tidak. Sebab anda tak tahu bagaimana mengawal fikiran dan emosi anda.
Ramai orang tak dapat apa yang diorang nak pasal minda diorang fokus lebih banyak pada benda yang diorang tak nak tu. See?
Sebab kedua, takut apa yang diimpikan tak menjadi. Takut GAGAL.
Jika anda lebih takut gagal dan rasa takut gagal tu membuatkan Anda berpeluh-peluh, jantung berdegup, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak lalu, maka kegagalan itulah yang terjadi. Jika Anda takut rugi, maka kerugian yang akan terjadi.
Inilah juga sebabnya mengapa masalah yang Anda tak nak asyik muncul tak berhenti-henti. Sebab? anda anggap diri anda tak pernah kering dari masalah dan percaya pula diri anda selalu bermasalah!
Jadi, kawal pemikiran Anda. Cara untuk mengelak hal ni terjadi, bersangka baik, be positive dalam apa jua keadaan.
Jika anda di landa masalah sekarang ini, tanya diri sendiri apa yang patut dibuat untuk menyelesaikannya. Fikir tentang penyelesaian.
Tanya diri Anda, di mana Anda patut bermula dan apa yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah tu.
"Hello Shueqry. Kita ni bukan malaikat dik ooi. Takkan kene tipu pun masih nak buat baik jugak!"
Ya, saya sedar. Kita hanya manusia. Tapi, kita dikurniakan dengan kuasa minda. Makhluk lain ada tak?
Kita khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, kita sebenarnya dah ada komoditi paling berharga, Minda kita.
Anda pegang kuncinya.
Jika anda nak berjaya, suburkan minda dengan bersangka baik. Cuba sedaya upaya tenangkan diri setiap masa dan belajarlah untuk kawal emosi.
Bajai minda Anda dengan kata-kata positif, rasa kagum yang tinggi dan rasa bersyukur.
Kalau boleh biarlah sewaktu kita mengucap syukur, rasa kesyukuran tu benar-benar meresap ke dalam diri, sedalam yang mungkin.
Lebih banyak anda bersyukur lebih banyak anda menerima rahmat dari yang Maha Esa. Kesannya, hidup Anda juga menjadi lebih baik.
Dengan itu, minda Anda akan menciptakan situasi yang baik-baik dan "menarik" apa saja yang anda fikirkan. Tak kira sama niat anda nak duit yang banyak, keluarga bahagia, kereta besar, rumah besar atau sebidang tanah yang besar.
Semuanya bermula dari niat. Kawal pemikiran anda.
Walaupun kita bukan malaikat, tapi apa salahnya kita berbuat baik setaraf malaikat dengan semua orang, biar sehabis baik. Buat baik, akan dibalas baik juga. Betul tak?

Minda "Menangkap" Apa Jua Yang Anda Sentiasa Fikirkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)