Tuesday, 31 January 2012

PETUA KECANTIKAN


Halia
 
Juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Halia juga meningkatkan suhu tubuh hingga meransang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. * Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur. Angin pun boleh keluar daripada badan kalau kita minum air halia ni. *Untuk wanita yang berpantang selepas bersalin pun boleh menggunakan halia jika ingin kekal lansing. Caranya: Tumbuk halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Perah sedikit air limau. Makan bersama nasi panas pagi dan malam. Sedap juga ni. Tak berpantang pun boleh makan.
 
 
 Muda Jelita Sentiasa
 
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam
yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan
kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam
Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat
hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat
mencuba petua ini.

Thursday, 26 January 2012

Menarik kejayaan dengan Hukum Tarikan (Law of Attraction)

Ramai orang menggunakan kuasa pemikiran positif dan kuasa hukum tarikan untuk mengubah kehidupan mereka. Dalam era teknologi ini, terdapat kehidupan yang penuh dengan kekalutan dan tekanan di dalam kesibukan harian. Kejayaan adalah formula yang mempunyai banyak faktor, namun ramai yang tidak tahu dan tidak faham akan hukum ini. Dengan menggunakan hukum ini dalam kehidupan seharian, ia membantu ramai orang ke arah kejayaan serta kekayaan dan ia pasti akan membantu anda juga.

Hukum ini menyatakan bahawa : Saya menarik kepada diri saya tentang apa sahaja yang saya fokus, beri perhatian, beri energi kepadanya, samada mahu ataupun tidak. Sebagai contoh, jika seseorang merenung terhadap ideanya untuk menjadi kaya dan melihat dirinya hidup dengan gaya hidup orang kaya, kemudian wang akan tertarik kepadanya. Begitu juga sebaliknya, jika anda fokus kepada bil-bil anda, tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang dan bimbang terhadap tahap kewangan anda, anda akan lebih menarik hutang dan kemiskinan. Minda bawah sedar anda memberitahu minda sedar apa yang harus dilakukan. Apabila kita mengisi pemikiran kita dengan “SAYA BOLEH”, kemudian minda bawah sedar akan menurut perintah.

Satu cara baik untuk mula menggunakan hukum tarikan adalah dengan melakukan visualisasi yang mana anda sudah miliki impian anda itu. Jika anda sentiasa ingin menjadi seorang pemain golf professional, kemudian anda lihatlah diri anda memegang trofi kejohanan dan ramai penonton menepuk tangan dan bersorak kepada anda. Gambarkan satu swing yang lancar dan berjaya dapat ‘hole in one’.

Apabila kita sedang berehat dan merenung sesuatu, kita menggunakan gelombang minda Alpha. Pemikiran jenis ini adalah sama seperti hypnosis yang mana minda bawah sedar kita menjadi mudah untuk menyerap saranan. Ia adalah baik untuk menggunakan afirmasi positif dalam keadaan ini. Katakanlah sekuat mungkin, “Saya adalah pemain golf professional dan saya akan menang permainan ini.” Ia adalah saranan yang mana anda adalah pemenang dan benar-benar percaya serta yakin yang ia membawa ke arah kemenangan sebenar apabila minda sedar mendapat isyarat daripada minda bawah sedar.

Isaac Newton berkata bahawa satu objek dalam keadaan diam cenderung untuk kekal diam manakala objek yang bergerak cenderung untuk kekal bergerak. Anda harus berada di kalangan orang yang bercita-cita tinggi dan positif yang mana mereka aktif mengejar impian mereka. Gambarkan sebuah kenderaan sedang meningkatkan kelajuannya. Visualisasi dan afirmasi positif adalah bahan bakar yang memberi kuasa kepada enjin kenderaan itu. Orang yang berjaya di sekeliling anda akan menyumbangkan energi mereka kepada anda dengan menambah lagi bahan bakar kepada enjin tersebut. Kini, kenderaan itu mempunyai cukup bahan bakar dan akan terus bergerak pantas dan mudah. Orang yang professional sentiasa membuat sesuatu dengan mudah dan ramai professional menggunakan hukum tarikan samada mereka sedar ataupun tidak.

Salah satu manfaat terbesar hukum tarikan adalah bahawa anda akan mendapat lebih lagi apabila anda bersyukur terhadap sesuatu. Berterima kasih membawa emosi yang positif dan menarik energi yang positif. Mudah sahaja dengan berkata “Terima kasih” kepada bos anda, boleh menyebabkan kesan yang kuat kepada seluruh mood harinya. Mulakan sekarang juga dan ubahlah hidup anda ke arah pemikiran positif.

Anda perlu tahu berkenaan dengan hukum tarikan supaya anda mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup anda daripada pelbagai aspek – kejayaan, kekayaan, kebahagian, perhubungan, kesihatan dan apa saja impian anda.

Dapatkan Laporan PERCUMA tentang Hukum Tarikan di SINI untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hukum yang hebat ini.

Moga ia memberi manfaat dalam kehidupan anda.


Bagaimana Membuatkan Hukum Tarikan Bertindak Pantas

Koa Kai photo exercise

Bagaimana membuatkan Hukum Tarikan bertindak pantas adalah satu persoalan yang sangat popular bagi orang yang mengamalkan hukum ini. Apabila kita berlatih dengan menggunakan hukum ini, tetapi tiada hasil, kemudian kita kecewa…terus mencuba lagi dengan bersungguh-sungguh untuk menggunakan hukum ini, namun masih kecewa apabila kita tidak nampak hasilnya. Mengapa ia boleh berlaku? Sila perhatikan persoalan di bawah:
  1. Adakah visualisasi (gambaran mental) anda cukup realistik?
Visualisasi adalah teknik utama dalam menggunakan Hukum Tarikan. Ini adalah bagaimana anda menghantar getaran dan menarik apa yang anda inginkan. Namun begitu, adakah visualisasi anda cukup realistik? Adakah ia cukup jelas tentang keinginan anda? Apabila anda sedang membuat visualisasi, anda sepatutnya merasakan seluruh situasi sebenarnya sedang berlaku. Anda tidak harus menjelaskan perbezaan samada ia adalah visualisasi ataupun realiti.

Anda harus merasakan suhu di dalam keadaan itu, warna pakaian yang anda pakai, keadaan persekitaran dan sebagainya dengan terperinci. Mempunyai teknik visualisasi yang efektif adalah memberi kesan yang amat tinggi dalam mencapai keinginan anda.
  1. Adakah anda membatalkan keinginan anda?
Apabila anda mempunyai pemikiran positif dan menggunakan Hukum Tarikan, pastikan bila mana anda berhenti, anda tidak harus memberitahu diri anda dengan segera untuk kembali kepada realiti dan memikirkan tentang kerisauan yang anda ada. Jangan bercakap “Ok. Kembali kepada dunia sebenar sekarang.”

Dengan melakukan ini, anda sedang membatalkan getaran positif anda yang mana anda telah lepaskan dan anda memberi mesej yang bercampur-campur.
Anda harus konsisten terhadap pemikiran anda.
  1. Adakah anda percaya tentang Hukum Tarikan?
Elemen yang penting untuk menjadikan rahsia ini bertindak pantas adalah Kepercayaan.

Anda mesti mempunyai kepercayaan kepada diri anda dan terhadap Hukum Tarikan untuk mencapai keinginan anda dengan segera. Dan yang paling mustahak adalah kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Pencipta & Maha Memakbulkan. Dialah yang memakbulkan segala keinginan anda.

Apabila anda berkata anda mempunyai hubungan keluarga yang harmoni, adakah anda sebenarnya percaya terhadapnya? Adakah anda pulang ke rumah dan menjangka seluruh keluarga merasa bahagia atau adakah anda fikir tentang kemungkinan untuk berlakunya pertengkaran?

Jika anda memang percayakan sesuatu, anda jangkakan ia berlaku. Tiada keraguan. Apabila anda mempertikaikan sesuatu, dengan jelas anda tidak mempunyai kepercayaan yang kuat. Hukum Tarikan bertindak pantas apabila anda mempunyai kepercayaan yang kuat.

Apabila anda mencuba untuk menarik sebuah kamera yang cantik, dengan tiada keraguan, anda akan memperolehinya. Bayangkan yang anda mengambil gambar dengan menggunakan kamera itu dan jangkakan anda telah memilikinya. Apabila anda menjangkakan sesuatu, ia bermakna anda memiliki kepercayaan.
  1. Adakah anda berfikir sekarang?
Dengan berfikir sekarang atau pada ketika ini, ia akan mempercepatkan tindakan Hukum Tarikan. Apabila anda menggunakan hukum ini untuk wang, anda perlu berfikir yang anda telah memiliki wang tersebut. Anda berfikir yang mana ia berlaku sekarang.

Bilamana anda melakukan visualisasi, anda membayangkan sesuatu yang berlaku sekarang. Bukan pada masa lepas atau masa depan. Ini akan mempercepatkan proses mencapai impian anda.

Apabila anda menggabungkan kesemua langkah di atas, anda akan melihat hasil yang cepat. Jika salah satu langkah itu diabaikan, maka ia akan melambatkan proses Hukum Tarikan. Jangan mempertikaikan tentang hukum ini dan jangan hairan mengapa ia mengambil masa yang lama. Ini adalah pemikiran negatif dan akan melambatkan proses pencapaian impian anda.

Moga ia bermanfaat bagi anda untuk mendapatkan segala keinginan anda…InsyaALLAH.

“Hukum Tarikan” atau “Law Of Attraction”

 “Hukum Tarikan” atau “Law Of Attraction”. Kita sememangnya mampu untuk menarik apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini. Tidak kiralah samada ianya positif ataupun negatif, ianya bergantung kepada apa yang kita inginkan. Sememangnya hukum alam tidak akan mendiskriminasi kepada sesiapa pun, ia hanya bertindak balas kepada apa yang kita inginkan.
3 Cara Mempraktikkan Hukum Tarikan (Law of Attraction) !

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini sptmana yang disarankan dlm buku Rusdin yang mana seorang muslim itu perlu :

1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...


3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin.

Saya sudah mula praktikkannya untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam diri saya juga perlu mengenali erti sebenar kehidupan ini dengan lebih mendalam supaya kejayaan masa akan datang menjadi kenyataan. Impian saya sebelum ini sudah banyak juga dicapai dan rasa bersyukur amat sangat di atas segala kurniaan rezeki tuhan. Tidak perlu ego, lupa diri maupun takabbur sebaliknya bak kata pepatah semakin padi berisi semakin tunduk ke bawah.. Dan itulah yang kita patut lakukan doa + syukur + sabar adalah satu nasihat azimat yang terbaik dalam hidup.

Moga pendedahan The Secret ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan, apapun saya ucapkan selamat maju jaya dan moga mencapai apa jua impian anda dalam kehidupan.
Pemikiran ataupun minda anda adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan ini. Bermula dari pemikiran andalah yang seterusnya akan mencipta dunia luaran anda. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam minda anda, anda boleh mencipta kehidupan yang anda inginkan. Lihatlah sedalam-dalamnya tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.
Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan dapat membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan ini.
Mulakan dalam diri anda dengan menunjukkan kasih sayang anda kepada semua manusia. Satu tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri dan rasuah. Dengan melakukan contoh yang diberikan, anda telah menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda boleh jadi susah untuk kaya. Justeru itu, anda hendaklah memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam kemiskinan.
Anda perlulah sentiasa ingat bahawa setiap dari pemikiran anda boleh menjadi menjadi suatu realiti. Mulai sekarang, kawal pemikiran anda dengan sebaiknya. Setiap pemikiran adalah seperti benih dalam kebun. Anda haruslah menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan yang baik untuk mendapat hasil yang baik pada masa hadapan. Ianya akan membawa kepada hasil yang lebih cepat apabila anda menggunakan Hukum Tarikan.
Kita hendaklah selalu bersyukur diatas rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita pada setiap masa. Berterima kasih akan membawa anda untuk lebih dekat kepada impian-impian yang anda inginkan. Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan terima kasih. Hukum Tarikan hanya bertindak apabila emosi diletakkan dalam kata-kata anda. Adakah anda inginkan lebih kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda?
Ketahuilah tentang rahsia yang akan mengubah hidup anda agar lebih kaya dan berjaya. Malah anda mampu untuk memiliki apa sahaja kebahagiaan yang anda inginkan dalam hidup ini. Tidak mustahil untuk anda berjaya jika orang lain boleh berjaya. Apa yang penting anda perlu tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini. Seterusnya anda akan dapat memiliki kejayaan tersebut dengan adanya Hukum Tarikan ini.

Friday, 20 January 2012

Cara Untuk Mengatasi Kemarahan Cara DMFK

Pesanan DMFK..
As salamu'alaikum shbt FB yg d kasihi. Ramai shbt yg minta tip tangani pasangan yg baran. Syukur n redha u d jodohkan dgn dia, doa agar u n dia sentiasa sabar, baca doa pelembut hati- fatehah, ayat qursi, surah Ta Ha: 1-5,


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ

Maksudnya:
Taa Haa. (1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. (2) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah (3) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (4) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (5) Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.



surah al hasyr:21-24

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)

Maksudnya:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. / (24)



n hembus ke badan, makanan, gambar; bila nak cakap baca dlm hati Ya Aziz Ya ...Jabbar Ya Mutakabbir utk mudah dia dengar; sentiasa puji n peluk dia; elak lakukan apa yg dia benci, kerap lakukan apa yg dia suka; beri sebelum d minta; gunakan gerak batin utk baca fikirannya, manjakan dia, kurangkan mkn daging merah n byk makan ikan n ayam, mkn buah sblm makan nasi, bermaafan sblm tidur, diam bila pasangan marah, bincang masa tenang. Sebarkan, Wassalam