Thursday, 14 March 2013

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris.

Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,
seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.
Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.
Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini
berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.
”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi
”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”
Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.
Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya
kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.
Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.
Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT
.

Babi dan Aurat


Seorang anak murid bertanya gurunya..

"Ustaz, kalau kita pegang babi.. boleh tak ustaz?"
"Tidak boleh. Sebab babi tu najis mughallazah.."

"Kalau tengok sahaja babi tu, berdosa tak, ustaz?"
"Kalau tengok sahaja, tak lah berdosa.."jawab gurunya.

"Kalau kita tengok perempuan yang tidak menutup aurat, berdosa tak ustaz?
"Kalau perempuan yang tidak menutup aurat, kita tengok  BERDOSA! Kalau dah tengok pun berdosa..lagi-lagilah berdosa kalau kita pegang.." tegas si guru.

"Oo..maknanya perempuan yg tak tutup aurat, lbh teruklah ye, dari binatang tu.."



Renung-renungkanlah.

Aurat Lelaki Dan Perempuan Di Dalam Solat & Luar Solat




Aurat Lelaki Dan Perempuan Di Dalam Solat & Luar Solat

Erti aurat di sisi syarak ialah sesuatu yang wajib ditutup dan diharamkan mendedahkan atau melihatnya.

Aurat Dalam Solat
Menutup aurat adalah syarat sah solat. Iaitu aurat wajib ditutup ketika menunaikan solat walau tidak dilihat oleh manusia lain atau berada dalam kegelapan. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa batal solat (tidak sah) orang yang tidak menutup aurat sedangkan dia mampu berbuat demikian.

Sempadan atau bahagian aurat yang perlu ditutup adalah ;

1). bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut.

2). bagi perempuan ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak
     tangan (pergelangan tangan).

Allah swt telah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 31, bermaksud: ”Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...”.

Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat di atas ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya: Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Tidak diterima solat perempuan yang telah baligh melainkan dengan kain yang menutup kepalanya”. Apabila kepala wajib ditutup, maka menutup seluruh badan adalah lebih utama.

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw: ”Apakah seseorang perempuan itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?”. Jawab baginda Rasulullah: ”Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Syarat Menutup Aurat
Ada beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi  dalam menutup aurat bagi lelaki dan perempuan supaya solat yang ditunaikan itu menjadi sah dan diterima oleh Allah, iaitu :-

1). Wajib memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna
     kulit badan. Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna
     kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah.

2). Pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh
     pemakainya.

Aurat Terdedah Secara Tiba-tiba
Bagaimana pula hukumnya sekiranya aurat terdedah secara tiba-tiba ketika menunaikan solat akibat tiupan angin dan seumpamanya?

Para ulama’ ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa tidak batal solat apabila orang yang sedang menunaikan solat itu bersegera menutup kembali auratnya setelah menyedari ianya terdedah kerana tiupan angin, diselak oleh kanak-kanak dsb.

Akan tetapi sekiranya seseorang itu cuai dengan tidak mempedulikan auratnya yang terdedah atau ia mengambil masa yang agak lama untuk menutup auratnya kembali, maka solatnya itu dianggap batal dan tidak sah. Inilah pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama’ aliran mazhab Syafe’i dan Hanbali. (Sila Rujuk al-Fiqh al-Islamiy Wa Adilatuh karangan Syeikh Dr Wahbah Zuhayli, jilid 1, halaman 582, cetakan Dar al-Fikr, Damsyik, tahun 1989).


Batasan Aurat Di Luar Solat

Batasan atu sempadan aurat seseorang itu apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram ketika berada di luar solat adalah sama seperti keadaan auratnya ketika berada dalam solat. Oleh yang demikian seseorang yang mempraktikkan menutup aurat dalam kehidupan hariannya, sudah tentu akan memudahkannya untuk menunaikan solat walau di mana sahaja dia berada.

Solat Orang Perempuan Mesti Pakai Telekungkah?
Terdapat kekeliruan terutamanya bagi perempuan yang menganggap bahawa solat tidak sah jika tidak memakai ’telekung sembahyang’. Oleh itu, apabila seseorang perempuan itu terlupa untuk membawa ’telekung sembahyangnya’, maka dia akan meninggalkan solat dengan alasan tidak dapat menutup aurat.  Ini tanggapan salah terhadap menutup aurat.

Fakta yang betul adalah, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan ’telekung sembahyang.

Persepsi Salah Menutup Aurat
Adalah amat menyedihkan berlaku dalam masyarakat kita sama ada lelaki atau perempuan apabila masih terdapat sebahagian umat Islam hanya menutup aurat di dalam solatnya, tetapi apabila selesai menunaikan solat, kewajipan menutup aurat tidak diambil berat dan terus diabaikan.  Ini jelas berapa banyak lelaki ’muslim’ masih berseluar pendek dikhalayak ramai ketika bersukan dsb.  

Di kalangan ’muslimah’ pula dengan mudah meninggalkan memakai tutup kepala (tudung), ada pula yang bertudung tetapi memakai baju` T-shirt’ pendek yang menampakan lenganya, tidak kurang yang sendat, nampak pusat dan yang ketat menonjolkan bentuk tubuh dsb.  

Tidak kurang pula perempuan yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam. Banyak perempuan pada hari ini yang semakin keliru dengan pelbagai fesyen tudung yang wujud, lalu menganggapnya ianya sudah cukup untuk menutup aurat. Trendkah ini?

Ada pula muslimah yang bertudung tidak sedar menyerupai tudung kepala penganut agama lain atas alasan fesyen terkini. Ada yang bertudung kepala seperti rahid (biarawati) kristian.  Wahai perempuan tutup kepala adalah perintah Allah SWT dan merupakan ibadah dalam Islam. Janganlah sampai ibadah (bertudung kepala) itu menyerupai ibadah agama-agama lain kerana ini dilarang dalam Islam.

Jangan asalkan ada tudung di kepala sahaja, tetapi tidak dikira menutup aurat.  Kekeliruan yang timbul dalam isu tudung ini perlu di ambil perhatian oleh perempuan muslimah yang prihatin terhadap hukum-hakam di dalam Islam. Janganlah kita hanya sekadar menjadi ’pak turut’ atau ’mak turut’ atau mengikut fesyen kononya.  Janganlah sampai tidak tahu apakah yang kita lakukan itu benar atau salah di sisi syarak. Muslimah wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat.

Menutup aurat seolah-olah hanya semasa mengabdikan diri kepada Allah ketika menunaikan solat sahaja.  Sebaliknya ketika di luar solat, ianya terus melakukan penderhakaan kepada Allah.  Keadaan ini merupakan sesuatu yang amat malang dan perlu diperbetulkan agar solat yang ditunaikan itu dapat membina keperibadian muslim yang unggul yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt.

Batasan aurat bagi perempuan muslimah telah dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan pergelangan tangan); dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka....." [Surah An-Nur:31}

Dalam ayat yang lain, Allah menjelaskan melalui firmanNya yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Sebelum turunnya ayat ini, kebiasaannya perempuan Arab keluar rumah dengan memperlihatkan rambut, leher, telinga, dada dan sebahagian daripada kecantikan dan perhiasan yang ada pada mereka. Lalu ayat ini diturunkan dan memberi penjelasan kepada perempuan muslimah agar menutup aurat mereka dengan sewajarnya. Ayat ini juga diturunkan oleh Allah sebagai penyelamat kepada perempuan muslimah agar tidak diganggu oleh orang munafik dan fasik.

Cukupkah Dengan Bertudung Sahaja?
Ajaran Islam tidak pernah menyuruh perempuan Islam bertudung semata-mata, tetapi dikehendaki menutup aurat. Sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, didapati bahawa perempuan bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat dan perkara-perkara tidak senonoh hampir kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat walaupun mereka bertudung.

Janganlah bertudung kepala itu sebagai adat kebiasaan ataupun fesyen semasa tetapi niatkanlah bertudung itu kerana Allah SWT dengan menepati kehendak syariat supaya bertudung dan menutup aurat itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT.

KHASIAT BISMILLAH ENAM


Tafsir Bismillah Enam :-

-Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat tiada yang seumpama dengannya dan maha mengetahui pada setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang seumpama dengannya yang maha pembuka lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah tiada yang seumpama dengannya yang maha gagah perkasa lagi maha pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang tiada yang seumpama dengannya yang maha pengampun lagi maha penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga dan dialah maha penyayang diantara para penyayang.

Antara manfaat Bismillah Enam :-

1) Mengubati segala penyakit terkena bisa termasuk bisa kerana sengat binatang seperti ikan, lebah, ular dan lain-lain.

2) Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan bisa seperti racun ulat bulu mati beragan, racun hempedu katak bisa, racun miang rebung, racun kaca bal lampu.

3) Segala jenis santau.

4) Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.

5) Mengkabulkan segala cita-cita dan hajat.

6) Terpelihara daripada segala merbahaya seteru dan musuh.

7) Dibaca untuk menang berperang.

8) Untuk menghalau jin dan syaitan.

9) Memelihara tanaman daripada binatang.

10) Mengubat orang gila.


Cara berubat menggunakan Bismillah Enam :-


1. Letakkan tangan ditempat sakit, tahan nafas dan baca Al-Fatihah dan Bismillah 6 sekali.

2. Tiup ditempat sakit dan secawan air mineral dan urut-urut sedikit tempat yang sakit tu.

3. Air tadi dibuat minum dimulai dengan membaca Bismillah dan Selawat 1x.

4. Angin akan keluar dari badan pesakit dan diikuti muntah, insyaAllah.


Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh:-

1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.

2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.

3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.

4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.

5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang-oleh Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum

 1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

1. Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

2. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

1. Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc


Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA        : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA  : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA         : Hari ini lebih teruk daripada semalam


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Mudah2an ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi marilah kita saling ingat mengingati.......

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu dari kelemahan diri saya. Sampaikanlah walau satu ayat... Wassalam.

Pesanan Ilmuwan

·         As salamu'alaikum shbt yg mulia. Pesan Saidina Ali RA:
·          
·          Barangsiapa memujiku, aku akan cari batu & baling dia dgn batu itu (sbb Ali takut jadi riak bila di puji). Pesan Pendita: Org yg bijaksana sentiasa berfikir bagaimana nak bantu atau nak bangunkan org lain. Org yg sederhana fokus kpd dirinya & rutin hariannya. Org yg jahil & bodoh fokus kpd keburukan org lain & menjaja keburukan org. Pesan org tua: Sesiapa yg menegur kita adalah guru kita & sesiapa yg memuji kita adalah "musuh" kita! Hari ini, mari kita baiki diri & cari jln utk bantu org lain. Jadikan hari ini hari yg terbaik, mana tahu hari ini hari terakhir utk kita. Moga Allah swt rahmati & lindungi kita semua. Aamiin, wassalam. @ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


·         Mulakan hari ini dengan bismillah, salam, senyuman dan syukur. Orang boleh ambil apa juga hak kita mereka tidak mungkin boleh ambil apa yang ada dihati kita.@ Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Berbuat baik pada ibu bapa supaya anak anak kita berbuat baik kepada kita nanti. Kasihani anak kita jika mereka menjadi anak derhaka bila melihat ibu bapa yang derhaka pada ibu bapa mereka. Kita tidak niat nak anak membalas jasa tetapi kerana Allah menjadi contoh yang baik pada mereka @ Prof Dr Muhaya





                    





HARI JUMA'AT

·         BANYAKKAN DOA SELEPAS ASAR HARI JUMA'AT
    Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.

   Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
   
    Erti : Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih) @ Zaharuddin.net


·        
     Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air liur, pastu dia belek Quran. Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Cuba jilat jari mung pastu calit kat muka orang lain. Dia marah tak? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran.

Nanti ada orang kata, "habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macamana ustaz?". Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelah mung. Kalau tak cukup secawan, ambil air satu baldi, apa susah!

"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa...".
Dah tau ni, istighfar lah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.   

Pesanan Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

10 Rancangan Barat dan Yahudi Hancurkan Islam:

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur’an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa arab.
7) Dirikan negara diktator dlm dunia Islamdap agamanya.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Fikirkan & renungkan… 

Ramai orang yang tidak tahu atau kurang pandai baca Quran semakin takut nak mencuba pegang Quran dan baca sebab takut salah baca dan BERDOSA! Saya kata, kalau begitu bila nak pandai. Ambil Quran, baca, salah tak apa, merangkak pun tak apa, mengeja pun tak apa, dengar bacaan digital dan belajar pun tak apa.. cuma penghujungnya tetap mesti CARI GURU. Untuk memperbetulkan segalanya. Ayuh, hidupkan al-Quran dalam jiwa.

Khasiat pelukan suami isteri..

Khasiat pelukan suami isteri..

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Just 4 Sharing...

·         Jom hentikan sifat pura pura tapi sentiasa melihat hati agar ikhlas dan berkhidmat pada Allah dgn patuh dan tunduk pada hukum Allah. Wanita yg masih tidak mahu menutup aurat cuba tanya hati apa tujuan membuka aurat apa faedah yang di dapati. Yang sudah menutup aurat tentukan solat penuh. Jangan jadikan tudung suatu fesyen luaran tidak mendidik jiwa. Tutup aurat dgn penuh sifat kehambaan @ Prof Dr Muhaya
·          
·         Wanita solehah - sebaik baik kesenangan dan keindahan di dunia- Jom jadikan Ini tujuan kita. kaum bapa niat jadikan anak perempuan wanita solehah dgn mendidik ibunya dan juga memilih ibu yg baik utk anak anak kita. Setiap kali memilih calun isteri tanya diri apakah sesuai utk mengandungkan dan mendidik anak anak ke syurga- Jika memilih kerana rupa paras akan tertipu dan bermasaalah di masa depan. @ Prof Dr Muhaya


·         Sayangi anak anak dan beri belaian kasih sayang supaya mereka belajar menyayangi diri dan orang lain. Segala kebencian dan kritikan pada anak anak membunuh keyakinan diri mereka. @ Prof Dr Muhaya

 Jika kita bercakap, kita akan sebut perkara yg kita dah tahu. Tetapi jika kita mendengar, ada kemungkinan kita dengar perkara yg kita tak tahu atau dah terlupa. Justeru, elok byk mendengar drp bercakap. Tu sbb kita ada 2 telinga & 1 mulut. Diam itu emas tapi ckp yg baik2 itu itu berlian. Jadi, jika takde perkara baik yg hendak di katakan, elok kita diam! Nabi berpesan: Yg baik hebah2kan, yg buruk sembunyikan. Jika kita sembunyikan keaiban org, Allah akan sembunyikan aib kita di dunia & di akhirat. Moga Allah rahmati kta semua. @ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ·
·         Dlm diri org dewasa ada sifat kanak2 yg penuh kemurnian. Sifat2 ni masih ada dlm diri tapi telah di litupi oleh sifat2 negatif spt marah, bohong, menipu, dengki, buruk sangka, sombong, dsbnya. Mari kita berdoa & berterusan beramal agar dpt keluarkan semula sifat2 murni kanak2 yg masih utuh dlm diri kita. @ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
·          
·         Allah akan bantu hambaNya selagi hambaNya membantu saudaranya dgn ikhlas. Pesan org tua: Cara terbaik utk bahagia ialah dgn bahagiakan org lain. Cara terbaik utk ingatkan diri ialah dgn mengingatkan org lain. Cara terbaik utk berubah secara istiqamah ialah dgn merangsang org lain utk berubah ke arah kecemerlangan. Justeru, mari kita pasang niat, berdoa & beramal dgn ikhlas utk membantu org lain agar bantuan Allah akan dtg melimpah ruah kpd kta semua. Aamiin. @ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah