Thursday, 22 December 2011

Apa Itu Berfikiran Positif?

Mari kita mula dengan sekeping ayat motivasi,
“Berfikir positif adalah amalan yang disukai semua. Juga dapat menghantar para pengamalnya ke syurga.”
Berfikir positif adalah ‘mindset‘ tindak balas pada segala sesuatu dengan sikap yang terbaik. Sikap yang terbaik akan terjadi dengan tindak balas spontan pada yang selalu berada dalam sikap yang positif.
One Drop Perfumes
Sebagai contoh pengalaman yang dialami, perniagaan join venture kami bersama One Drop Perfumes 4 tahun lalu,
Jika ramai kata mahal, kita kaji harga kita.
Jika ramai kata tak cantik, kita kaji pilihan kita.
Jika ramai kata produk tak sesuai, ubah produk kita.
Jika ramai kata 123 bermasalah, kita cari penyelesaikan untuk 123 dan cuba semula.
Maka, dengan hanya setitis minyak wangi Syarikat One Drop Perfume sedang berkembang pula ke bidang hartanah! Kes ditutup.
Sebagai contoh lain untuk kejadian harian kita, apabila kita makan sesuatu yang tidak bersih atau tidak sedap. Kita akan cuba untuk berhenti makan. Jika terus dilakukan, kita secara spontan akan mengeluarkan makanan ini dari perut.
Ini dipanggil sebagai muntah! Makanan yang otak rasakan tidak perlu, tidak sedap atau jijik akan dimuntahkan keluar dari perut.
Begini juga otak kita berfungsi. Jika ada maklumat yang otak kita celaru, buntu, jiwakacau, tidak faham, keliru dan tidak selesa. Otak kita akan bertindak untuk menyekat maklumat-maklumat seterusnya daripada masuk ke otak kita.
Jika kita tidak faham asas matapelajaran sains, tidak mungkin kita dapat faham pelajaran yang seterusnya. Semudah itu.

Kisah Dua Orang Pelajar Berumur 10 Tahun

Jika kita ambil dua orang pelajar berumur 10 tahun. Adik A, bapanya bergaji rendah serta hidup susah. Kais pagi untuk makan pagi. Begitu juga petang. Adik B, bapanya ahli perniagaan One Drop yang mempunyai aset jutaan ringgit.
Pelajar berumur 10 tahun
Serta mempunyai syarikat yang besar. Maka 20 tahun kemudian kemungkinan ini senarionya. Adik A bekerja makan gaji dengan gaji RM1,500 sebulan dan bekerja 12 jam sehari. Mustahil bagi pemikiran Adik A untuk mendapat jutaan ringgit.
Adik B, membangunkan sebuah syarikat jutaan ringgit yang baru tetapi bekerja hanya 6 jam sehari. Anda mungkin sedang berfikir…
“Memang sesuailah, Adik B dibantu oleh bapanya sendiri”
Tetapi mari kita lihat dengan lebih dekat pemikiran kedua-dua orang adik ini. Adik A terasa mustahil untuk membuat wang jutaan ringgit. Sedangkan lebihan pun beberapa ratus sebulan.
Jika bekerja 50 kali ganda lebih dari sekarang belum tentu untuk dapat duit sebanyak itu. Mustahil!
Maka Adik B terasa senang saja untuk menghasilkan wang jutaan ringgit. Beliau tengok sendiri bagaimana ayahnya dan rakan-rakan bisnes melaksanakan. Jika mereka boleh, susah tentu beliau juga boleh. Mustahil tidak boleh!
Dalam kata lain, jika Adik A fikir dia perlukan pemikiran, tenaga dan masa yang terlalu banyak untuk menghasilkan jutaan ringgit. Adik B pula berfikir adalah sesuatu yang langsung tidak mustahil untuk menghasilkan jutaan ringgit tersebut.
Melalui dua pemikiran ini, kita dapat rasa, sudah tentu Adik B akan berjaya.

Bagaimana Pemikiran Memerangkap Diri Kita Sendiri?

Orang yang miskin dengan sikap yang positif adalah tidak layak untuk menuntut ilmu pengalaman. Nanti seperti mencurah air di atas daun keladi.
bagai mencurah air di daun keladi
Jika kita mengharapkan sesuatu yang mudah di hadapan, maka kita akan mengelak dari segala halangan dan menyelesaikannya masalah.
Jika kita mengharapkan sesuatu yang sukar di hadapan, maka kita akan mula mengelirukan diri sendiri. Jadi realiti akan berubah sejajar dengan perubahan sistem kepercayaan dan pemikiran, jika kita bukan antara anak kepada seorang bapa yang banyak wang.
Oleh sebab itu, mulai saat ini jangan kita berfikir hendak menipu, putus asa atau tidak puas hati. Mungkin ada hikmah disebalik halangan yang terjadi. Segala apa yang kita lakukan, mesti dengan kejujuran.

Percaya Tuhan Sebagai Pemberi Rezeki

Ingat! Bukan sahaja jangan menipu, tetapi jangan pernah berfikir hendak menipu dan didiklah hati supaya jangan terlintas di benak kita sesuatu yang negatif. Jangan kita berusaha mendapatkan dunia dengan cara yang hina.
Percaya kepada Tuhan sebagai pemberi rezeki
Hanya fikiran positif sahaja perlu ada dalam benak kita. Dengan izin Allah S.W.T jualah kita dapat mencapai rezeki, yang sudah menjadi bahagian kita tanpa disangka-sangka.
Antara langkah terbaik adalah, menyucikan hati dengan membaca ayat suci Al-Quran dan juga mendirikan solat ketika tiba waktunya.
Sekian sahaja. Saya kongsi apa yang tahu, saya beri apa yang ada. Yang baik dari Allah yang Maha Mengetahui. Yang buruk dari kesalahan saya sendiri.

Episod 2: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan

Bertemu kita kembali dalam episod kedua siri artikel Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan. Artikel terdahulu  kita melihat bagaimana saranan-saranan motivasi yang diterima oleh usahawan, dan bakal usahawan telah menjadi perangkap diri dalam memusnahkan segala impian yang dibina, semasa mula-mula ingin bertapak dalam bidang keusahawanan yang penuh dugaan dan ganjaran.
donald trump - minda jutawan
Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Trump. Tahun-tahun awal pembabitannya menyaksikan beliau mengalami kegagalan-kegagalan yang amat besar. Hutang peribadinya sahaja berjumlah USD950 juta.

32 Bank, Hutang USD5 Bilion

Ini belum lagi dikira hutang keseluruhan The Trump Organization yang berjumlah hampir USD5 bilion. Sebagai seorang usahawan yang baru membina nama, Trump benar-benar mengalami kejutan terbesar dalam hidupnya apabila beliau mula bergelut dengan krisis kebankrapan.
Kesannya terlalu besar dan mengesankan buat Trump. Trump bukan sahaja terpaksa melepaskan Trump Shuttle, sebuah syarikat penerbangan yang baru dibelinya. Malahan, nama beliau telah disingkirkan dari senarai bilionair majalah Forbes. Trump mengakui ini memberikan beliau sedikit kesan kepada psikologinya.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga terpaksa merayu dan berdepan dengan 32 buah bank dari seluruh dunia yang telah memberikan beliau pinjaman sebelum ini.
wall street journal
Ketika itu, ramai yang menjangkakan bahawa insan bernama Donald J. Trump akan sudah berada di penghujung kariernya sebagai seorang usahawan. Para media, pemerhati dan penganalisis perniagaan dunia meramalkan Trump akan kehilangan segala-galanya.
Antaranya ialah The Wall Street Journal dan The New York Times yang secara serentak dalam terbitan mereka pada 26 Mac 1991 meramalkan tamatnya nama beliau dalam dunia perniagaan. Pendek kata, tiada satu pun yang akan dimiliki beliau akhirnya dengan krisis kebankrapan dan kegagalan yang sedang dilalui itu.

Rahsia Minda Jutawan Trump

Namun, seperti yang dicoretkan di kulit hadapan buku Minda Jutawan Gaya Trump terbitan PTS Profesional. Tertera ayat berikut:
“Trump pernah bankrap dan hilang segala-galanya. Namun, dia mampu bangkit dan kembali menguasai dunia korporat. Rahsia hanya satu, MINDA JUTAWAN.”
Ya! Kebolehan beliau memprogramkan minda separa sedarnya menjadi minda jutawan telah menjadikan beliau kembali menguasai arena keusahawanan. Beliau percaya, setiap usahawan perlu memiliki minda jutawan agar perjuangan yang penuh ranjau dalam perniagaan tidak akan menjadikan kegagalan sebagai penamat sebuah impian.
Apakah yang dimaksudkan dengan minda jutawan untuk seorang usahawan? Apakah konteks yang yang perlu kita fahami untuk lebih mudah mempratikkannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan?
Minda jutawan seperti mana yang dimiliki oleh Trump adalah minda separa sedar yang senantiasa berada dalam keadaan positif. Kerana ianya memiliki perisian-perisian yang tepat dan bersesuaian dengan matlamat seseorang usahawan.
Merujuk kes Trump, kita telah sedia maklum bahawa Trump menceburi bidang perniagaan hartanah kerana beliau amat mencintai perundingan dan pembangunan hartanah. Pada masa yang sama, beliau turut meletakkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan yang terkenal.
Apabila semua matlamat dan usaha disatukan di dalam minda beliau. Maka, bermula peringkat membentuk minda separa beliau  menggunakan strategi-strategi tertentu  agar minda separa sedarnya hanya dimasukkan dengan perisian-perisian yang positif dan selari dengan matlamat yang ingin dicapai.

Menapis Kata-kata Positif Sang Jutawan

Perisian-perisian minda separa sedar yang dinyatakan ini adalah saranan-saranan seperti kata-kata yang dilafazkan oleh beliau atau dilafazkan oleh orang lain. Beliau akan menapis untuk memastikan hanya kata-kata yang positif sahaja akan kekal di simpan di minda separa sedarnya.
bandar new york
Sebagai seorang usahawan, Trump tidak dapat mengelakkan diri dari berurusan dengan ramai orang. Terutamanya mereka yang terdiri dari  golongan usahawan, para pelabur serta para birokrat seperti Datuk Bandar New York dan ahli majlis bandaraya yang selalu memperkecilkan kebolehannya ketika permulaan perniagaan beliau di New York.
Walaupun begitu, kritikan dan kata-kata yang memperkecilkan kebolehan dan kemampuan beliau akan segera disingkirkan dari mindanya. Beliau sama sekali tidak akan mengizinkan kata-kata negatif ini merosakkan minda separa sedar beliau bertukar menjadi minda kemiskinan.
Kata-kata negatif ini akan menjadi barah yang mampu menjahanamkan segala impian beliau untuk menjadi seorang usahawan dan jutawan yang berjaya.

3 Langkah Mencipta Sistem Minda Jutawan Trump

Oleh itu, beliau mengambil langkah-langkah pro-aktif dalam memastikan minda separa sedarnya sentiasa berada dalam kedudukan minda jutawan. Antara langkah-langkah pro-aktif membentuk minda jutawan yang diambil beliau ialah:
#1 – Kekalkan Fokus.
Beliau menceritakan di dalam buku beliau yang bertajuk Trump: How To Get Rich bagaimana beliau menjadikan kegagalan beliau menguruskan kewangan sebagai satu pengajaran yang terbesar yang beliau perolehi dalam hidupnya.
Ini menjadikan beliau lebih teguh ke atas matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya membentuk minda beliau menjadi minda jutawan yang kekal fokus kepada kemahuan beliau.
#2 -Berfikiran Besar
Berfikiran besar adalah falsafah kehidupan beliau yang utama. Disebalik, kegagalan yang begitu memeritkan ketika permulaan menjadi usahawan.
Minda jutawan beliau tetap teguh tanpa sedikit pun dapat dirobek oleh mana-mana virus kegagalan, yang biasanya akan berjaya mengubah jiwa orang yang gagal menjadi semakin lemah dan berputus asa.
Ini kerana beliau mempunyai gaya pemikiran yang senantiasa berpandangan jauh dan luas. Beliau tidak menghadkan sesuatu perkara yang terjadi dalam hidupnya dengan skop yang kecil.
The Trump Organization
Empayar The Trump Organization yang baru dibinanya boleh sahaja terus berkubur jika beliau tidak berfikiran besar dalam menangani krisis tersebut. Hasil pemikiran besar yang dimiliki beliau itu, strategi pentsrukturan semula hutang-hutang dan perniagaan dapat diselesaikan dengan mudah.
Minda jutawan yang berasaskan berfikiran besar dapat memberikan idea-idea yang terbaik untuk beliau membentuk pelan penstrukturan semula hutang dan perniagaan. Ini seterusnya matlamat beliau untuk menjadi usahawan dan jutawan terkenal bukan satu ilusi semata-mata walau sedang berhadapan dengan krisis kebankrapan.
#3 – Percaya Kata Hati Anda
Trump  adalah seorang yang insan amat mempercayai kata hatinya. Beliau amat yakin dengan kata hatinya dalam menentukan sesuatu, biar pun idea dan pandangannya tidak disukai ramai atau bertentangan dengan orang lain.
Beliau yakin, dengan percaya kepada kata hatinya. Kejayaan yang lebih besar akan mampu beliau capai biar pun jalan-jalan yang dilalui itu akan mempunyai banyak halangan.
Kegagalan bertindak mengikut kata hati mungkin menyebabkan beliau akan berada di tahap yang lebih rendah dari sepatutnya.
Keberanian beliau mengikut kata hatinya didasari oleh kekuatan kendiri yang ada pada diri beliau dengan memiliki minda jutawan. Pada beliau, mungkin orang lain tidak nampak apa yang beliau nampak dan ini menyebabkan mereka tidak sehaluan dalam perkara-perkara tertentu dengan beliau.
Contohnya dalam pengisian daya penarik atrium Trump Tower New York. Trump memilih untuk membina air terjun sedangkan ramai eksekuti kanannya memilih untuk meletakkan lukisan yang besar.
Terbukti, minda jutawan yang mengilhamkan beliau untuk membina air terjun di atrium Trump Tower New York telah memberikan pulangan berpuluh-puluh juta dolar  (USD), apabila saban tahun ia menerima kunjungan puluhan ribu pelawat kerana tertarik dengan keunikan dan kemewahan air terjun tersebut.
trump tower di new york

Minda Separa Sedar Berkuasa

Kesimpulannya, sebagai usahawan, memiliki minda separa sedar yang berada di dalam keadaan minda jutawan adalah satu keperluan buat para usahawan yang ingin berjaya dengan cermelang.
Ianya bukan berkisar tentang sama ada kita mahu menjadi seorang jutawan atau tidak tetapi jauh lebih penting dari itu, minda jutawan yang dimiliki berfungsi untuk membolehkan kita meraih keuntungan di dunia dan akhirat, sebagaimana yang digariskan di dalam model Jutawan Al Falah™.
Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan: Episod 3 akan mengupas lebih lanjut beberapa pratikal harian yang boleh dijadikan sebagai sebahagian strategi-strategi kejayaan seorang usahawan dalam mencapai kejayaan sebenar.

Episod 3: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan

Apabila berbicara mengenai minda jutawan, kita tidak boleh lari daripada konsep minda separa sedar yang semakin mendapat tempat pada masa kini.
minda jutawan
Secara teorinya, ramai daripada kita juga telah mengetahui atau paling tidak pun, sedikit sebanyak telah terdedah kepada teori-teori yang membahaskan keupayaan dan penggunaan minda separa sedar sebagai anugerah Allah yang hebat buat manusia.

Namun, dalam siri artikel Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan yang telah bersiaran sebanyak dua episod sebelum ini. Kita akan menumpukan kepada praktikal minda separa sedar yang berkaitan dengan Trump dan keusahawanan, selari dengan konsep Majalah Niaga yang berteraskan keusahawanan dan perniagaan.

Senjata Mukmin – Doa

Pratikal minda separa sedar yang utama untuk membentuk minda jutawan ialah DOA. Ya. Ianya doa yang amat dianjurkan dalam Islam dan menjadi senjata orang mukmin untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam pelbagai bidang.
Termasuk menjadi seorang Jutawan Al Falah™.
Bagi masyarakat Barat yang tidak bertunjangkan keimanan kepada Allah. Mereka menganggap minda separa sedar sebagai kuasa utama kepada kejayaan menjadi seorang jutawan.
senjata doa
Sebenarnya tidak.
Minda separa sedar hanyalah wadah yang diberikan kepada manusia untuk menjayakan impian bergelar seorang jutawan.
Namun begitu, praktikal minda separa sedar yang harus kita lakukan sebagai seorang usahawan Muslim jauh lebih indah, berbanding dengan mereka yang tidak beriman kepada Allah.
Donald Trump juga tidak terkecuali di dalam perkara ini.
Sebagai seorang usahawan Muslim yang ingin menjadi insan bergelar Jutawan Al Falah™, praktikal minda separa sedar yang kita lakukan adalah satu bentuk perhubungan dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Semakin rapat kita berhubung dengan Tuhan, semakin hampir kita mengenggam kejayaan menjadi seorang usahawan yang memiliki minda jutawan.
Ini akan dapat dicapai dengan pratikal minda separa sedar yang dipanggil – DOA.

Bukan Sekadar Menadah Tangan Ke Langit

DOA bukan sahaja dalam bentuk lafaz serta perbuatan menadah tangan ke langit dan yang seumpama dengannya, tetapi DOA juga adalah segala gerak geri kita.
Baik secara langsung dan tidak langsung.
senjata kejayaan adalah doa
Gerak geri yang positif akan memberikan hasil yang positif kerana ia merupakan sebahagian dari bentuk doa kita yang baik-baik.
Sebaliknya, gerak geri yang negatif akan memberikan hasil yang negatif. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari bentuk doa kita sungguh pun kita tidak sedar telah berdoa sesuatu yang buruk buat diri sendiri.
Di Barat, falsafah Law of Attraction atau lebih dikenali sebagai LOA menjadi pegangan utama kepada mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Trump.
Beliau banyak mengamalkan LOA melalui gaya pemikiran positif beliau yang lebih dikenali ramai sebagai “Trump : Think Big“. Perkara ini telah dihuraikan dengan lebih lanjut dalam artikel Episod 2: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan.

Membentuk Minda Jutawan Gaya Trump

Membentuk minda jutawan seperti Trump adalah satu perkara mudah jika kita berjaya mengaplikasikan LOA, dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan dan pada masa yang sama, kita memahami bahawa LOA itu hanyalah sebahagian kecil daripada konsep DOA yang terlebih dahulu telah wujud di dalam Islam.
donald trump - minda trump
Jika Trump berpesan kepada para peminatnya agar menjauhkan diri dari orang-orang yang berfikiran negatif kerana berasaskan konsep LOA.
Kita sebagai usahawan Muslim pula, sebaliknya boleh memakmurkan kekayaan dan membentuk minda jutawan dengan mendoakan orang-orang yang berfikiran negatif agar berubah menjadi seseorang yang berfikiran positif.
Apabila lebih banyak orang disekeliling kita berfikiran positif hasil doa kita tadi. Kita bukan sahaja akan dapat membentuk minda jutawan yang kuat dalam diri kita.
Malahan, kita akan turut mendapat kebaikan-kebaikan sebagai seorang usahawan seperti mudah meraih rezeki, dan memperolehi pendapatan yang lebih besar seperti mana dijelaskan di dalam topik,
Hukum Pendapatan: Luaskan Jangkauan Anda
Dari buku Minda Jutawan Gaya Trump terbitan PTS.

Minda Jutawan Gaya Trump – Bukan Sekadar Jutawan

Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan, keupayaan membentuk minda separa sedar menjadi minda jutawan adalah satu langkah terpenting untuk memastikan kelestarian kita di dalam bidang keusahawanan.
Tidak semua insan yang menjadi usahawan berjaya mencapai kebebasan kewangan. Malahan, ramai yang terperangkap dalam kemelut kewangan setelah menjadi usahawan.
bukan sekadar jutawan
Trump bukan sahaja berjaya menjadi seorang usahawan tetapi turut bergelar seorang jutawan dengan bidang keusahawanan yang beliau pilih ini.
Oleh itu, kita akan terus meneroka Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan dalam episod 4 bulan Januari 2012 nanti.
Untuk memudahkan kefahaman pembaca tentang asas minda jutawan Donald Trump dari perspektif am (bukan keusahawanan semata-mata), anda boleh membeli dan memiliki buku Minda Jutawan Gaya Trump yang kini telah berada di pasaran.