Neraka Jahannam:
Neraka ini dinamakan Jahannam kerana ia bermuka masam atau bengis sewaktu menyambut mangsanya yakni orang yang berdosa. Jahannam akan memakan daging(membakar) orang yang memasukinya. Namun, di antara neraka yang tujuh itu, neraka Jahannam lebih terkenal kerana neraka ini adalah tempat kembalinya orang Islam yang berdosa.
Neraka Laza:
Keadaan neraka Laza pula telah dinyatakan didalam Al-Quran surah Al-Maarij ayat 15 hingga 16 yang bermaksud:”Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka Laza adalah api yang bergejolak, yang mengelupaskan kulit kepala. ”
Neraka Saqar:
Bagi keadaan di dalam neraka Saqar pula Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-Muddathir(27-28) yang bermaksud:”Tahukah kamu apa neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meniggalkan dan tidak membiarkan. ”
Tidak meninggalkan dan tidak membiarkan membawa maksud apa yang dilemparkan ke dalam neraka itu diazabnya sampai binasa kemudian dikembalikannya semula untuk diazab kembali.
Neraka Al-Huthamah:
Untuk mengetahui keadaan di dalam neraka Al-Huthamah perhatikan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? Iaitu api(yang disediakan)Allah yang dinyalakan, yang membakar sampai ke hati. (Al-Humazah:5-7)
Api didalam neraka Al-Huthamah itu membakar tulang-tulang mereka serta membakar sampai terasa sakit di hati atau jantung. Mereka diseksa bermula daripada tumitnya dan api menjalar sampai ke hati dan membakar kulit mereka dan juga seluruh tubuh mereka. Mereka menangis sekuat-kuatnya tetapi tiada sesiapa yang menolong. Mereka berterusan menangis sehingga kehabis air mata. Disebabkan kehabisan air mata maka darahlah yang keluar melalui mata mereka. Darah itu mengalir berterusan sehingga banyak dan dapat menghanyutkan sebuah sampan.
Neraka Jahim:
Neraka Jahim adalah neraka yang besar bara apinya. Firman Allah dalam surah Al-Syu’ra:9 Maksud:“Dan diperlihatkanlah dengan jelas neraka Jahim kepada orang yang sesat. ”
Neraka Hawiyah: Firman Allah s.w.t menceritakan neraka Hawiyah yang bermaksud: Dan adapun orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apa neraka Hawiyah itu? iaitu api yang sangat panas. (Al-Qari’ah:8-11)
Neraka Sa’ir: Firman Allah yang menyebut neraka Sa’ir: Ertinya:”Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya, dan mereka akan masuk ke dalam api yan menyala-nyala(neraka Sa’ir). (Al-Nisa’:10)
Untuk mengetahui keadaan api neraka, api itu pada mulanya dinyalakan selama seribu tahun sehingga ia menjadi merah. Dibiarkan menyala selama seribu tahun lagi sehingga ia menjadi warna putih. Dibiarkan lagi menyala seribu tahun lagi sehingga ia berwarna hitam. Maka jadilah ia hitam gelap.

No comments:
Post a Comment