Prof Dr Muhaya berpesan....
·
· 1. TIada alasan untuk tidak mendapat ilmu hanya di hujung jari menekan remote tv. Tidak perlu tonton hanya perlu dengar jadikan tabiat mendengar majlis ilmu sambil menyiapkan urusan keluarga. Bayangkan anak anak yang sering mendengar majlis ilmu 20 tahun akan datang. Jangan sibuk menyiapkan makanan dan pakaian fizikal anak anak tapi jiwa kosong dan ugama tidak di beratkan. Alangkah ramai di antara kita tertipu dgn kesibukan dunia dan memberi tumpuan besar pada benda yang harus tetapi lalai dari benda wajib. Kaum wanita jom lihat apa kita pakai hari ini ke arah neraka atau syurga. PAra suami lihat pakaian isteri dan solat isteri dan anak anak.
*** Pakaian wanita yang sempurna adalah pakaian yang kita boleh terus bawa untuk bersolat***
2. HAri ini kurang kan guna perkataan - tapi, kalau, payah, susah, benci, dan buang sifat merasa lebih baik dari orang lain dan melayan manusia berdasarkan pangkat mereka. Doa sentiasa kpd Allah agar di buang sifat riak , sombong dan takabbur. Jom lihat diri dan cari ilmu bukan lihat orang dan cari berita untuk memburukkan orang lain.
· 3. Semoga Allah kurniakan kita semua keberkatan waktu dan ketenangan jiwa- Doakan urusan kita semua sempurna. Sama doakan..
·
4. Semoga kita tidor dgn tenang dan memaafkan semua orang dan didik jiwa agar cuma ada kasih sayang dan kesyukuran utk hidup bahagia dunia dan akhirat. Kaum wanita jom niat jaga aurat, solat dan akhlak sentiasa istiqamah menjadi isteri solehah dan ibu mithali.
5. Semoga kita lebih menghargai dan kurangkan ingin di hargai
6. Jom sentiasa senyum. Tidak boleh mulia orang yang tidak boleh mesra. dia tidak boleh mesra dgn orang yang cuba mesra dgn Dia- Orang mukmin sifat mereka mesra-
·
7. Selepas 10 tahun kita sibuk dgn perkara lain, maka Nabi menyuruh kita memulakan solat bila anak anak berumur 7 tahun. Jom lihat anak anak dan keluarga kita..
8. Alangkah ruginya para suami yang tidak mampu membimbing isterinya ke arah keredhaan Allah & menutup aurat dgn sempurna..wahai isteri lihatlah pakaian apa yg kita pakai hari ini & perlakuan kita bagaimana hari ini..adakah ia akan menghantar suami yang kita sayangi ke kawah neraka @ ke taman syurga... J
No comments:
Post a Comment