Friday, 5 August 2011

Gelombang Alpha -- siri 2

Salam Evolusi Selamat berjumpa lagi dalam post minggu ini. Seperti yang pernah dijanjikan, saya ingin menyambung perkongsian tentang Gelombang Alpha. Seperti yang diterangkan pada post yang lepas gelombang Alpha sangat sesuai untuk mendapatkan apa yang dinginkan. Dalam post kali ini kita berkongsi dengan lebih mendalam tentang gelombang alpha.
Ramai di antara kita menggunakan gelombang minda beta dalam pekerjaan seharian. Semua perkara yang kita lakukan menggunakan minda sedar atau conscious mind. Setiap pekerjaan mesti ada logik, mesti mengikut aturan, mesti kena dengan susunan. Itu semua dilakukan dengan minda sedar. Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh minda sedar sehingga menyebabkan gelombangnya menjadi begitu padat. Itu tidak termasuk lagi dengan penyelesaian masalah, mana masalah rumahtangga, anak-anak, kewangan. Contohnya ini dah akhir tahun, tak lama lagi persekolahan bermula, mana masalah, anak masuk sekolah, mana masalah bas sekolah, buku sekolah, tuisyen dan terlalu banyak untuk difikirkan. Ini semua dilakukan dengan minda sedar. Keadaan ini mendorong kepada gelombang minda di tahap Beta. Oleh kerana keadaan semasa yang beginilah minda kita terasa seolah-olah tepu, jam, tak boleh nak fikir lagi, sakit kepala, kepala rasa ketat, mood lari, rasa hendak marah sentiasa.
Bila situasi ini berlaku percaya dan percayalah, tiada kejayaan yang boleh kita raih, jauh sekali untuk mencapai tahap jutawan. Bagaimana tidaknya, minda kita tidak lagi kreatif, feel atau perasaan yang dikeluarkan semuanya berunsur negatif atau dalam erti kata lain, ‘bad feeling’. Bolehkah kita ubah keadaan ini? Tentu sekali jawapannya ‘BOLEH’. Bagaimana? Cara konvensional yang selalu disyorkan adalah dengan melakukan meditasi dan pernafasan terarah.
Pasti ramai yang mengeluh mendengar jawapan saya. Mana saya ada masa nak buat meditasi, kerja yang ada pun tak selesai malahan bertimbun setiap hari. Itu terpulang pada individu. Kata pepatah; hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Ramai dan rata-rata sikap bangsa kita adalah memberi alasan. Sedang ramai yang membuat perubahan kerarah kejayaan kita pula sibuk mencipta alasan.
Gelombang Alpha ini sangat berguna untuk mencapai kejayaan. Bagaimana ia berlaku atau apa hubungkait antara kejayaan dan gelombang minda alpha? Baiklah akan saya terangkan di sini.
Minda kita terbahagi kepada 2 bahagian. Minda Sedar dan Minda Separa Sedar. Minda Sedar berurusan dengan semua perkara yang kita lakukan ditahap kesedaran iaitu, membaca, menulis, menyapu, makan, minum dan banyak lagi. Manakala Minda Separa Sedar pula mengawal semua sistem di tubuh kita. Antaranya, sistem jantung, pernafasan, pertumbuhan, pembiakan dan semua kerja yang minda sedar tidak mampu kawal. Contoh kerja yang dilakukan oleh minda separa sedar, jantung mengepam darah keseluruh anggota badan kita. Adakah kita sedar perkara ini dan kita kawal? Pastinya tidak. Kita hanya tahu perkara itu berlaku. Sama seperti rambut kita tumbuh dan memanjang, adakah kita kawal pertumbuhan itu? Juga tidak. Inilah kehebatan minda separa sedar. Ia mampu melakukan perkara yang diluar kawalan minda sedar.
Minda Sedar mampu memilih, menerima dan menolak sesuatu pemikiran, manakala Minda Separa Sedar hanya menerima arahan yang diberi oleh Minda Sedar. Ia tidak mampu untuk memilih atau menolak arahan tersebut. Untuk Minda Sedar memberi arahan yang betul kepada Minda Separa Sedar, ia harus berada di tahap Alpha. Bahasa yang diterima pakai oleh Minda Separa Sedar hanyalah dalam gelombang Alpha. Bahasa yang sama juga dipakai oleh Universe atau Khazanah Allah untuk merealisasikan impian kita.
Mengapa gelombang Alpha? Ini adalah kerana Gelombang Alpha adalah gelombang yang frekuensinya berada di tahap 8-12Hz. Frekuensi ini sangat damai dan tenang. Melalui frekuensi ini jugalah segala doa dan permintaan kita diterima oleh Allah. Hal ini berlaku kerana minda kita berada di tahap Alpha ketika melakukan solat. Solat juga adalah salah satu medium meditasi. Kerana itu, apabila kita melakukan solat dengan khusyuk dan tawaddu’k insyaAllah segala doa kita pasti dimakbulkan oleh Allah.
Gelombang Alpha ini sebenarnya kita alami pada beberapa ketika di dalam kehidupan seharian, antaranya ketika mandi, memandu kenderaan, menonton televisyen, mendengar radio. Namun tahap Alpha yang kita terima ketika menonton televisyen dan mendengar radio tidak berapa bagus kualitinya. Ini adalah kerana apa yang ditonton dan didengar akan diserap terus menerus oleh minda Alpha tersebut, dan ia akan diproses seolah-olah perkara tersebut berlaku kepada kita. Sebab itu bila kita selalu menonton drama atau rancangan yang sedih kehidupan seharian kita juga akan mengalami situasi yang sama. Hal ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut pada post yang akan datang.
Jika kita perhatikan, ramai usahawan berjaya lebih senang bersantai di padang golf, rumah kelab, makan di restoran mewah, berbelanja di gedung mewah, window shopping di kompleks membeli belah mewah, ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan rasa kemewahan tersebut. Ketika kita bersantai, termasuk window shopping, minda kita akan berada di tahap Alpha. Gelombang yang terbentuk ketika ini sangat berkualiti. Ketika ini minda separa sedar akan merakamkan suasana gembira dan seronok ketika melakukan aktiviti tersebut. Maka tenaga yang dihantar oleh Minda Separa Sedar kepada universe atau khazanah Allah adalah tenaga keseronokkan. Oleh yang demikian jawapan yang akan dijawab oleh universe atau khazanah Allah adalah jawapan keseronokan.
Inilah antara tips mengapa ramai orang kaya bertambah kaya. Apabila mereka praktikkan perkara tersebut berulang kali, mereka akan membentuk satu tenaga keseronokkan atau tenaga kepuasan dan perasaan yang lahir pastinya perasaan yang seronok, rasa kaya, rasa mewah, rasa hebat. Jika rasa ini dapat kita hadirkan berulang kali dalam kehidupan, minda separa sedar akan merakamkan kebahagian tersebut. Itulah antara tips mudah untuk mendapatkan gelombang minda Alpha, dan itu lah juga tips bagaimana untuk menjadi kaya. Kita mesti lahirkan atau hadirkan feel kaya, feel mewah, feel happy, jadi minda separa sedar akan merakam suasana tersebut dan keluarkan getaran yang sama kepada universe atau khazanah Allah. Getaran yang diterima akan dihantar semula oleh universe kepada kita.
Sekiranya kita mampu berada ditahap gelombang minda Alpha dengan lebih kerap, maka lebih cepat dan senang untuk kita mencapai impian menjadi jutawan atau mencapai kejayaan yang diinginkan

No comments:

Post a Comment