Friday, 5 August 2011

Perkataan Akan Dan Boleh Dalam Afirmasi Minda Separa Sedar

Kali ni saya berkongsi tips minda separa sedar.

Saya andaikan yang Anda sudah tahu tentang afirmasi, apa dia afirmasi dan bagaimana menggunakan afirmasi untuk membina kekuatan minda separa sedar.

Check balik ayat afirmasi yang Anda gunakan. Saya mahu menyentuh tentang perkataan "akan" dan perkataan "boleh", jika Anda ada menggunakannya.

Bila dalam ayat afirmasi Anda ada perkataan "akan", minda separa sedar jadi keliru, sebab minda separa sedar tak tahu bila Anda mahukannya.

Perkataan "akan" merujuk pada masa yang lebih jauh ke depan, jadi apa saja matlamat yang anda masukkan dalam afirmasi, lambat ditarik datang pada Anda.

Misalnya, ayat "aku akan berjaya dalam perniagaan internet". Ayat ini terlalu umum sebab Anda tidak meletak bila Anda nak berjaya dan tahap kejayaan cemana yang Anda nak capai.

Contoh ayat afirmasi yang lebih berkesan adalah "aku boleh berjaya dalam perniagaan internet, mencapai untung bersih 1,000 dollar sebulan pada tahun 2008".

Dalam ayat kedua, ada jangka masa khusus (tahun 2008), target khusus (berjaya mencapai untung bersih 1,000 dollar sebulan) dan membuat Anda punya harapan untuk mencapainya (melalui perkataan "boleh" bukannya "akan").

Perkataan yang simpel boleh merubah jenis gelombang minda, jadi kena selalu berhati-hati dengan apa yang Anda katakan, yang anda lafazkan di dalam hati serta yang Anda selalu fikirkan.

Minda separa sedar menurut apa saja yang Anda fikir, yang Anda bayangkan selalu dan meditasikan.

No comments:

Post a Comment