Apabila berbicara mengenai minda jutawan, kita tidak boleh lari daripada konsep minda separa sedar yang semakin mendapat tempat pada masa kini.

Secara teorinya, ramai daripada kita juga telah mengetahui atau paling tidak pun, sedikit sebanyak telah terdedah kepada teori-teori yang membahaskan keupayaan dan penggunaan minda separa sedar sebagai anugerah Allah yang hebat buat manusia.
Namun, dalam siri artikel Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan yang telah bersiaran sebanyak dua episod sebelum ini. Kita akan menumpukan kepada praktikal minda separa sedar yang berkaitan dengan Trump dan keusahawanan, selari dengan konsep Majalah Niaga yang berteraskan keusahawanan dan perniagaan.
Termasuk menjadi seorang Jutawan Al Falah™.
Bagi masyarakat Barat yang tidak bertunjangkan keimanan kepada Allah. Mereka menganggap minda separa sedar sebagai kuasa utama kepada kejayaan menjadi seorang jutawan.

Sebenarnya tidak.
Minda separa sedar hanyalah wadah yang diberikan kepada manusia untuk menjayakan impian bergelar seorang jutawan.
Namun begitu, praktikal minda separa sedar yang harus kita lakukan sebagai seorang usahawan Muslim jauh lebih indah, berbanding dengan mereka yang tidak beriman kepada Allah.
Donald Trump juga tidak terkecuali di dalam perkara ini.
Sebagai seorang usahawan Muslim yang ingin menjadi insan bergelar Jutawan Al Falah™, praktikal minda separa sedar yang kita lakukan adalah satu bentuk perhubungan dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Semakin rapat kita berhubung dengan Tuhan, semakin hampir kita mengenggam kejayaan menjadi seorang usahawan yang memiliki minda jutawan.
Ini akan dapat dicapai dengan pratikal minda separa sedar yang dipanggil – DOA.
Baik secara langsung dan tidak langsung.

Gerak geri yang positif akan memberikan hasil yang positif kerana ia merupakan sebahagian dari bentuk doa kita yang baik-baik.
Sebaliknya, gerak geri yang negatif akan memberikan hasil yang negatif. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari bentuk doa kita sungguh pun kita tidak sedar telah berdoa sesuatu yang buruk buat diri sendiri.
Di Barat, falsafah Law of Attraction atau lebih dikenali sebagai LOA menjadi pegangan utama kepada mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Trump.
Beliau banyak mengamalkan LOA melalui gaya pemikiran positif beliau yang lebih dikenali ramai sebagai “Trump : Think Big“. Perkara ini telah dihuraikan dengan lebih lanjut dalam artikel Episod 2: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan.

Jika Trump berpesan kepada para peminatnya agar menjauhkan diri dari orang-orang yang berfikiran negatif kerana berasaskan konsep LOA.
Kita sebagai usahawan Muslim pula, sebaliknya boleh memakmurkan kekayaan dan membentuk minda jutawan dengan mendoakan orang-orang yang berfikiran negatif agar berubah menjadi seseorang yang berfikiran positif.
Apabila lebih banyak orang disekeliling kita berfikiran positif hasil doa kita tadi. Kita bukan sahaja akan dapat membentuk minda jutawan yang kuat dalam diri kita.
Malahan, kita akan turut mendapat kebaikan-kebaikan sebagai seorang usahawan seperti mudah meraih rezeki, dan memperolehi pendapatan yang lebih besar seperti mana dijelaskan di dalam topik,
Tidak semua insan yang menjadi usahawan berjaya mencapai kebebasan kewangan. Malahan, ramai yang terperangkap dalam kemelut kewangan setelah menjadi usahawan.

Trump bukan sahaja berjaya menjadi seorang usahawan tetapi turut bergelar seorang jutawan dengan bidang keusahawanan yang beliau pilih ini.
Oleh itu, kita akan terus meneroka Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan dalam episod 4 bulan Januari 2012 nanti.
Untuk memudahkan kefahaman pembaca tentang asas minda jutawan Donald Trump dari perspektif am (bukan keusahawanan semata-mata), anda boleh membeli dan memiliki buku Minda Jutawan Gaya Trump yang kini telah berada di pasaran.

Secara teorinya, ramai daripada kita juga telah mengetahui atau paling tidak pun, sedikit sebanyak telah terdedah kepada teori-teori yang membahaskan keupayaan dan penggunaan minda separa sedar sebagai anugerah Allah yang hebat buat manusia.
Namun, dalam siri artikel Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan yang telah bersiaran sebanyak dua episod sebelum ini. Kita akan menumpukan kepada praktikal minda separa sedar yang berkaitan dengan Trump dan keusahawanan, selari dengan konsep Majalah Niaga yang berteraskan keusahawanan dan perniagaan.
Senjata Mukmin – Doa
Pratikal minda separa sedar yang utama untuk membentuk minda jutawan ialah DOA. Ya. Ianya doa yang amat dianjurkan dalam Islam dan menjadi senjata orang mukmin untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam pelbagai bidang.Termasuk menjadi seorang Jutawan Al Falah™.
Bagi masyarakat Barat yang tidak bertunjangkan keimanan kepada Allah. Mereka menganggap minda separa sedar sebagai kuasa utama kepada kejayaan menjadi seorang jutawan.

Sebenarnya tidak.
Minda separa sedar hanyalah wadah yang diberikan kepada manusia untuk menjayakan impian bergelar seorang jutawan.
Namun begitu, praktikal minda separa sedar yang harus kita lakukan sebagai seorang usahawan Muslim jauh lebih indah, berbanding dengan mereka yang tidak beriman kepada Allah.
Donald Trump juga tidak terkecuali di dalam perkara ini.
Sebagai seorang usahawan Muslim yang ingin menjadi insan bergelar Jutawan Al Falah™, praktikal minda separa sedar yang kita lakukan adalah satu bentuk perhubungan dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Semakin rapat kita berhubung dengan Tuhan, semakin hampir kita mengenggam kejayaan menjadi seorang usahawan yang memiliki minda jutawan.
Ini akan dapat dicapai dengan pratikal minda separa sedar yang dipanggil – DOA.
Bukan Sekadar Menadah Tangan Ke Langit
DOA bukan sahaja dalam bentuk lafaz serta perbuatan menadah tangan ke langit dan yang seumpama dengannya, tetapi DOA juga adalah segala gerak geri kita.Baik secara langsung dan tidak langsung.

Gerak geri yang positif akan memberikan hasil yang positif kerana ia merupakan sebahagian dari bentuk doa kita yang baik-baik.
Sebaliknya, gerak geri yang negatif akan memberikan hasil yang negatif. Kerana ia telah menjadi sebahagian dari bentuk doa kita sungguh pun kita tidak sedar telah berdoa sesuatu yang buruk buat diri sendiri.
Di Barat, falsafah Law of Attraction atau lebih dikenali sebagai LOA menjadi pegangan utama kepada mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Trump.
Beliau banyak mengamalkan LOA melalui gaya pemikiran positif beliau yang lebih dikenali ramai sebagai “Trump : Think Big“. Perkara ini telah dihuraikan dengan lebih lanjut dalam artikel Episod 2: Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan.
Membentuk Minda Jutawan Gaya Trump
Membentuk minda jutawan seperti Trump adalah satu perkara mudah jika kita berjaya mengaplikasikan LOA, dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan dan pada masa yang sama, kita memahami bahawa LOA itu hanyalah sebahagian kecil daripada konsep DOA yang terlebih dahulu telah wujud di dalam Islam.
Jika Trump berpesan kepada para peminatnya agar menjauhkan diri dari orang-orang yang berfikiran negatif kerana berasaskan konsep LOA.
Kita sebagai usahawan Muslim pula, sebaliknya boleh memakmurkan kekayaan dan membentuk minda jutawan dengan mendoakan orang-orang yang berfikiran negatif agar berubah menjadi seseorang yang berfikiran positif.
Apabila lebih banyak orang disekeliling kita berfikiran positif hasil doa kita tadi. Kita bukan sahaja akan dapat membentuk minda jutawan yang kuat dalam diri kita.
Malahan, kita akan turut mendapat kebaikan-kebaikan sebagai seorang usahawan seperti mudah meraih rezeki, dan memperolehi pendapatan yang lebih besar seperti mana dijelaskan di dalam topik,
Hukum Pendapatan: Luaskan Jangkauan AndaDari buku Minda Jutawan Gaya Trump terbitan PTS.
Minda Jutawan Gaya Trump – Bukan Sekadar Jutawan
Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan, keupayaan membentuk minda separa sedar menjadi minda jutawan adalah satu langkah terpenting untuk memastikan kelestarian kita di dalam bidang keusahawanan.Tidak semua insan yang menjadi usahawan berjaya mencapai kebebasan kewangan. Malahan, ramai yang terperangkap dalam kemelut kewangan setelah menjadi usahawan.

Trump bukan sahaja berjaya menjadi seorang usahawan tetapi turut bergelar seorang jutawan dengan bidang keusahawanan yang beliau pilih ini.
Oleh itu, kita akan terus meneroka Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan dalam episod 4 bulan Januari 2012 nanti.
Untuk memudahkan kefahaman pembaca tentang asas minda jutawan Donald Trump dari perspektif am (bukan keusahawanan semata-mata), anda boleh membeli dan memiliki buku Minda Jutawan Gaya Trump yang kini telah berada di pasaran.
No comments:
Post a Comment