Tuesday, 29 May 2012

Positifkan Hidup Anda!


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Anda boleh mengubah jalan hidup anda daripada
keadaan gelap kepada terang-benderang atau
daripada negatif kepada positif.
Setiap saat yang anda fokus kepada positif,
anda membawa banyak cahaya dalam kehidupan
anda dan anda tahu bahawa cahaya itu akan
menghilangkan kegelapan.

Kesyukuran, kasih sayang, pemikiran yang baik,
kata-kata yang baik dan tindakan yang baik
membawa cahaya dan menghapuskan kegelapan.
Penuhi hidup anda dengan cahaya positif!

"Fikir suatu yang baik"
"Berkatalah tentang suatu yang baik"
"Ambil tindakan yang baik"

3 langkah di atas akan membawa lebih kebaikan
kepada anda daripada apa yang anda jangkakan.
InsyaAllah...

Moga anda lebih kaya, berjaya & bahagia!

Salam sukses,
Ir. Ezwan

No comments:

Post a Comment