Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Minda kita sentiasa dipengaruhi oleh faktor persekitaran
daripada keluarga, rakan-rakan, jiran, guru dan sebagainya.
Apabila bercerita tentang rezeki dan kekayaan, ramai yang
mempunyai persepsi yang negatif dalam diri mereka.
Antara persepsi itu adalah:
- "Susahnya nak dapatkan wang!"
- "Wang yang banyak hanya untuk orang tertentu sahaja."
- "Wang adalah sumber kejahatan."
- "Cukuplah apa yang ada."
- "Jadi miskin pun bahagia."
- "Orang kaya itu tamak."
Persepsi sebeginilah yang menjadi kepercayaan kekal dalam diri
dan akan mewujudkan halangan pada diri untuk maju ke
hadapan. Halangan ini juga akan menutup peluang-peluang
tentang rezeki dan kekayaan. Orang yang gagal akan terus gagal.
Bagaimana nak atasi masalah ini?
Anda hanya perlu membuang kepercayaan negatif itu dan
menggantikannya dengan yang positif.
Apabila saranan positif diberikan secara berulang-ulang, ia
akan menjadi kepercayaan baru dan perubahan akan berlaku
di mana anda akan membuka laluan rezeki & kekayaan masuk
ke dalam diri anda. Banyak peluang-peluang yang akan muncul.
Semuanya akan menjadi lebih mudah. InsyaAllah...
Apakah cara yang paling mudah?
Cara terbaik dan paling mudah untuk format semula minda anda
untuk menarik rezeki dan kekayaan adalah melalui kaedah
Ramai yang dah berubah dengan cara ini.
Orang yang berjaya sentiasa berjaya kerana mempunyai kuasa
tindakan untuk merebut peluang yang ada.
Moga anda lebih bahagia, kaya dan berjaya!
Salam sukses,
Ir. Ezwan
No comments:
Post a Comment