Amalkan.. insyaAllah kejayaan dalam genggaman.
Dalam mengejar kejayaan yang diimpikan, anda perlu ada panduan yang jelas. Di sini saya bongkarkan kepada anda 3 rahsia utama yang wajib diketahui dalam memastikan apa yang anda hajatkan berjaya diperolehi dengan izin Allah Taala, tak kira sebesar dan sehebat mana sekalipun.
Rahsia pertama, anda perlu memastikan setiap pagi diri anda bermotivasi tinggi. Sediakan fikiran dan rangsang fizikal agar sentiasa bersemangat juga berfikiran positif.
Langkah pertama ini amat penting dan kritikal. Ini kerana ia berperanan memastikan ‘GOAL’ yang anda sasarkan sentiasa dalam buruan. Ingat… anda perlu sentiasa memburu kejayaan bukan sekadar mengejar. Buruan lebih hebat dari mengejar dan potensi atau peluang anda untuk mendapatkannya adalah lebih tinggi.

Bila sebut ‘memburu‘ anda pun dapat bayangkan bagaimana situasi anda sebagai pemburu, sentiasa mencari peluang dan sentiasa pula mengintai target sampai ianya berjaya diperolehi.
Demikianlah suasana dalam mengejar kejayaan. Anda tidak boleh rileks dan bersahaja. Anda perlu bersungguh-sungguh dan berkobar-kobar.
Bagi menambah kuasanya perlu digabungkan dengan amalan kerohanian. Diri wajib sentiasa ingat kepada Allah yang merupakan pemilik tunggal isi alam ini. Mulakan dengan solat, berzikir dan pada masa yang sama tidak putus berdoa dan pastikan tidak meninggalkan amalan wajib yang telah ditetapkan. Ingat! ramai di kalangan kita lupa akan hal yang amat penting ini… Jangan kerana mengejar dunia, akhirat dilupakan.
Berbalik kepada rahsia pertama yang telah dibongkarkan di awal tadi, pastikan diri sentiasa bersemangat tinggi dan keinginan membara dalam diri. Fikiran perlu di awasi agar tidak diganggu dengan elemen negatif. Usah ‘sumbat’ minda anda dengan kata-kata negatif seperti susahlah.. tak bersemangat la hari ni.. rasa penat je.. malaslah.. buat lain kali la.. dan seumpamanya. Ya Betul, kadang-kadang dalam dalam memburu impian ia amat memenatkan dan banyak sangat masalah yang datang tanpa diundang! tapi itu semua bukan alasan untuk patah semangat dan berhenti ditengah jalan.
Rahsia kedua untuk berjaya mencapai impian anda adalah bina momentum ‘one step at a time’. Memang tidak dinafikan usaha menjadikan sesuatu yang baru sebagai rutin harian amatlah sukar dan tidak selesa. Namun jangan cepat rasa penat, lakukannya secara berterusan sampailah ia menjadi rutin harian. Di kala itu segala kesusahan yang dihadapi sebelum ini dapat ditebus dengan kejayaan.
Mengikut kajian seseorang yang ingin membina momentum baru untuk terus maju secara konsisten memerlukan antara 21-40 hari dilakukan secara berterusan, dan dalam masa tersebut kesukaran juga ketidakselesaan memang berlaku. Namun hasilnya amat hebat dan memuaskan hati anda! Tetaplah dalam landasan dan usaha sebegini sehingga anda betul-betul berjaya. Momentum yang sedikit tetapi berterus amat penting untuk menempa kejayaan demi kejayaan…

Setelah wujudnya momentum dari usaha berterusan anda itu, kejayaan yang diburu akan semakin jelas kelihatan. Target anda semakin dekat dan inilah peluang untuk anda menarik picu senapang anda ke arah target yang berada di depan anda. Jangan lepaskan peluang, terus bertindak mendapatkannya… tapi awas! apa pun boleh terjadi. Ini bukan bermakna ianya anda pasti dapat! Cuma peluang anda tinggi untuk memperolehinya. Jika sebaliknya jangan putus harap kerana anda masih berpeluang mencubanya berkali-kali sampai anda dapat.
Rahsia ketiga dan yang terakhir dalam mengejar impian adalah wajib mempunyai ‘plan B’. Memandangkan setiap perkara di dunia ini penuh dengan ketidakpastian, kekaburan dan di luar kawalan, ‘Plan B’ amat diperlukan. ‘Plan B’ yang dimaksudkan adalah cara alternatif yang diambil bagi mengantikan plan asal agar tidak tersasar dari target buruan. Apabila rancangan awalnya tidak dapat berfungsi dengan baik seperti yang dirancang, ‘Plan B’ akan mula beraksi! Ia merupakan strategi seterusnya dalam mencapai matlamat utama agar ia tidak berhenti ditenggah jalan hanya disebabkan ‘gangguan siaran’.
Apa yang jelas di sini, usaha perlu diteruskan secara konsisten dalam buruan mengejar impian. Apa jua halangan, cabaran dan masalah perlu ditempuh dengan penuh bijaksana dan berhikmah. Hasil gabungan 3 rahsia memburu kejayaan yang telah saya bongkarkan, insyaAllah kejayaan pasti dalam genggaman.
Saya ulangi 3 rahsia penting perlu anda tahu dalam usaha memburu impian adalah pertamanya mulakan pagi anda dengan penuh motivasi dan semangat yang tinggi. Kuasanya ditambah dengan amalan kerohanian seperti solat, doa, zikir dan tawakkkal. Rahsia kedua pula adalah bina momentum ‘one step at a time’ secara berterusan sehingga menjadi rutin harian, dan rahsia yang ketiganya, punyai plan dan strategi pilihan atau alternatif setelah strategi awalnya tidak menjadi.
All the best buat semua. Selamat memburu impian anda!
Kiranya anda belum ‘like’ page saya, mohon klik butang ‘Like’ di bawah. Syukran atas support anda, saya amat menghargainya. Semoga saya sentiasa bertenaga melakukan dakwah sambil berkarya, amiin…
No comments:
Post a Comment