Motivasi Pagi
REVOLUSi TRANSFORMASi DiRi: Ada pernah jumpa seorang hamba Allah wajahnya bersinar & bercahaya. Bila tanya apa rahsianya? Dia tersenyum je, tanpa kata apa-apa.. Saya tanya kawannya setelah itu, dia berbisik yang hamba Allah tersebut sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
Teringat saya hadith Nabi SAW " Umatku (kelak di Hari Kiamat) akan dipanggil 'putih bersinar' kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu...)".
(HR. Bukhari)
Rupanya kesan & manafaat dari berwudhu' jelas masa di dunia lagi. Nabi pernah juga mengajar kita agar segera berwudhu' bila dalam keadaan marah, insyaAllah diri kembali tenang kerana air wudhu' tersebut memadamkan api kemarahan dalam diri & mengawal nafsu liar manusia. MasyaAllah.. Alangkah baiknya jika diri dapat kekal dalam keadaan wudhu'. Moga diberi kekuatan melakukannya..Amiin.
RAHSiA CiNTA SUAMi iSTERi
Dalam usaha menjadi isteri solehah hendaklan wanita itu menjaga maruah dirinya dengan menutup aurat dengan cara yang betul, juga memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi dari segala perlakuan yang boleh mendorongnya diri seseorang itu dari melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan perkara keji yang dilarang Allah Taala.
No comments:
Post a Comment