3 cara mudah mengatasinya.
Saya ada seorang kawan yang kerjanya sentiasa suram dan banyak kali kecundang, tiada hasil yang dapat dibanggakan. Hampir semua yang dirancang menemui kegagalan. Bila melihatnya, perasaan kesian mula menguasai fikiran. Iya la kan… dia bukan hanya beberapa kali kecundang tapi acap dan berulang-ulang.
Kisah kegagalan kawan saya itu berterusan meniti bibir rakan dan taulan. Orang lain jadi sebutan kerana jasa dan kejayaan, namun kawan yang sorang ni disebut-sebut orang kerana sikapnya yang tidak menghasilkan sebarang kejayaan. Maklum la orang berada katakan… tapi ia bukan tiket untuk buat kerja sembarangan dan tidak bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Saya mula tertarik dengan beliau. Walaupun ramai kawan yang mencemuh beliau kerana tak banyak usahanya yang membuahkan kejayaan untuk dijadikan ukuran, namun saya memang sentiasa memerhati kelibat dan gerak kerjanya secara berterusan. Inilah masanya untuk saya mencari jawapan. Sungguh saya hairan bercampur kesian.
Sahabatku sekalian… hampir 6 bulan saya mengikuti perkembangannya secara diam-diam. Akhirnya dapat juga saya korek rahsia kenapa dia kecundang dalam setiap perancangan dan kerja yang dia lakukan. Terkejut itu tidak… tapi amat pelik kerana beliau kekal berterusan walau diri jauh dari kejayaan. Tahap selambanya membuatkan saya lebih teruja mengkaji bagaimana dia berperanan dan terus berjuang merancang dan melaksanakan perkara yang ramai kawan-kawan dapat agak kesudahannya.
Bila ditolak, tambah, kali dan bahagi… saya dapati dia sebenarnya sedang berperang dengan dirinya sendiri. Pernah suatu masa saya berbual dari hati ke hati, rupanya dia menyedari apa yang terjadi cuma tak tahu bagaimana nak baiki untuk jadi lebih baik dari sebelum ini. Hampir 3 jam kami bersembang dan saling mengoreksi diri, jawapan yang dicari semakin hampir saya ketemui. Alhamdulillah pencarianku selama ini telah membuahkan hasil yang jitu dan padu.
Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada diri kawan saya tu? Dia sebenarnya mengidap penyakit amat suka bertangguh dan tidak mampu melawannya untuk menghasilkan apa jua kejayaan. Walau ia telah dirancang baik, hasil kejayaan tidak juga kelihatan. Sifat tersebut telah lama bersarang sejak di usia belasan. Apa saja yang awalnya dengan semangat berkobar-kobar mati ditengah jalan.

Sahabat sekalian… ini hanya satu kisah dari beribu kisah keggalan di luar sana. Kebetulan ianya berlaku kepada kawan yang saya kenal. Perkongsian ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, namun sebaliknya untuk mendorong kita lebih peka dan elak dari penyakit yang dahsyat ini, suka bertangguh! Saya juga mengalaminya dari dulu smpai sekarang, masih berjuang melawan, kadang-kadang berjaya dipatahkan dan banyak juga kecundang ditengah jalan…
Melalui pengalaman saya dan ilmu yang sedikit ini, saya ingin berkongsikan beberapa strategi yang berkesan untuk menghadapi sifat bertangguh agar tidak menganggu gugat kerja yang kita buat. Saya simpulkan 3 langkah mudah yang boleh diambil dalam usaha melawan tabiat buruk ini, pertamanya lakukan kerja dengan segera! Kemudian ulangi kerja tersebut walau terasa berat untuk dibuat. Bila terus ambil tindakan, fikiran tidak berpeluang membuat pilihan. Ianya boleh dikatakan arahan yang wajib dilaksanakan. Jika fikiran dibiarkan berfikir dalam masa yang agak panjang, kemungkinan sikap bertangguh mudah menyerang!
Langkah kedua yang anda boleh ambil adalah jadikan kerja yang dilakukan itu sebagai satu cabaran. Saya yakin jika dianggap ianya beban, perasaan malas mula datang bersarang, sebaliknya jika ia dianggap cabaran pasti rasa rajin akan berterusan sampai ianya selesai dilakukan. Arah fikiran anda untuk melakukan kebaikan walau ia pada mulanya amat sukar dan banyak halangan. Akhirnya insyaAllah akan menjadi satu kebiasaan dan kejayaan mula kelihatan.
Langkah yang seterusnya dan terakhir, cari keistimewaan dan manafaat di sebalik kerja yang sedang anda lakukan. Secara fitrahnya manusia akan suka kepada sesuatu yang memanfaati dirinya walaupun bukan sekarang. Apa yang bakal diperolehi terbayang dalam kotak fikiran, kesusahan yang ada seolah dilupakan. Perasaan seronok membuatkan diri ‘enjoy’ melakukannya walau ia sukar dan melelahkan. Semoga usaha membuahkan hasil, insyaAllah…
No comments:
Post a Comment