Friday, 28 October 2011

PESANAN DMFK

  • Kita ada mata yg memandang keluar. Tu sbb kita mudah nampak salah org lain n sukar nak nampak kesalahan sendiri. Org yg hebat sentiasa sibuk cari salah sendiri n betulkan diri hingga takde masa nak cari salah org lain. Amat malang org yg sibuk cari salah org lain tapi tak sedar salah sendiri. Org ini akan sentiasa buat dosa, sukar nak ubah diri, A...llah benci, org menyampah dan diapun tak redha akan dirinya. Tu sbb banyak komplen, mengutuk, mengumpat, stres n jarang bersyukur dgn apa yg dia ada. Hari ini mari kita lihat ke dlm diri kita n cari apa yg tak betul n segera betulkan agar Allah syg n manusiapun syg. Mana tahu hari ini hari kita yg terakhir!

  • As salam sahabat FB yg d kasihi. Moga semuanya d rahmati Allah. Selamat menghadapi SPM mulai esok utk anak2. Tip utk ibubapa membantu anak2 hadapi pep termasuklah:1. Ibubapa n anak jaga ibadah,2. IB n anak solat taubat, hajat n istikharah 3. Suasana Rtangga yg aman- elak gaduh, marah2, elak jerit2, tutup TV, elak dengar muzik masa study 4. Jgn beri tekanan, pesan pd anak utk buat terbaik n IB redh...a dgn apa keputusan yg akan d dapati, 5. IB n anak doakan guru2 n kwn2 anak agar dpt berkat 6. IB berpuasa masa anak exam, 7. IB tahajud n doakan kejayaan anak, 8. IB lebih korban dgn beri peluang anak belajar tanpa minta bantuan drp mrk, 9. Pesan anak baca doa terang hati -- fatehah, selawat, Doa Buka 12 Pintu, surah al Insyirah n doa2 penerang hati yg lain. Moga berjaya, wassalam


MOTIVASI PAGI


  • Sibukkan diri melakukan ibadat & banyak buat aktiviti yang bermanafaat, insyaAllah diri akan sentiasa ceria & sihat walau dalam apa jua keadaan. Jika fikiran diganggu gugat dengan fikirkan kesedihan & kegagalan lampau, maka bahagia tidak mungkin diketemui walau beribu batu dicari & segala usaha diberi... Ingatlah segalanya bergantung kepada diri dengan izin Tuhan yang maha memberi & mengasihani.

Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah Allah diminta sesuatu yang lebih Dia suka melebihi kesihatan." (HR. Tirmidzi)

Ada seorang badwi bertanyakan Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, apa yang sebaiknya aku mohon kepada Allah selepas solat? Baginda menjawab" "Mintalah kesihatan." (HR. Tirmidzi)
 







    MOTiVASi SOLAT
    SOLAT yang berterusan paling kurang 5 kali setiap hari sampai mati, jika betul di amalkan dan khusyuk hidup pasti dirahmati dan jiwa pasti suci dri melakukan dosa juga maksiat kepada Allah. Iya.. ia umpama mandi 5 kali sehari, takkan masih terlekat di badan sebarang kekotoran dan bau yang kurang menyenangkan? Pasti semuanya hilang bukan? Rasululah SAW ada bersabda dalam hadithnya:
    ...

    "Apa pandangan kamu kiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pinta salah seorang daripada kamu di mana dia mandi di situ 5 kali sehari. Adakah masih tinggal sebarang kekotoran pada tubuhnya?" Mereka berkata: "Tidak ada sebarang kekotoran." Baginda berkata lagi: "Demikian juga seperti solat 5 waktu, di mana Alllah menghapuskan segala dosa." (HR. Imam Tirdmizi)

    No comments:

    Post a Comment