"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad |
bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri |
yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib |
r.a di mana baginda telah bersabda : |
1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) |
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. |
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh |
( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) |
rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa |
keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari |
penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah |
tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis |
makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu : |
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam" |
Saidina Ali r.a bertanya : |
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?" |
Baginda menjawab : |
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara |
(makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. |
Saidina Ali r.a bertanya : |
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)." |
Baginda menjawab : |
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih |
selama-lamanya secara sempurna. |
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan |
kepadanya kelahiran. |
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu |
berlalu begitu saja dengan sebabnya." |
2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) |
bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung |
bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya." |
3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya |
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu |
itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling." |
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah |
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak |
itu tidak selamat daripada bisu." |
5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu |
sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta ? iaitu anak." |
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap |
perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan |
kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina." |
7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, |
maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit |
yang membakar kamu berdua." |
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala." |
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, |
nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya |
daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan |
permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak." |
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka |
sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. |
mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat |
tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat." |
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), |
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak |
anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua." |
12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, |
maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah |
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang |
yang berjari enam atau empat." |
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari |
(secara langsung ? direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan |
tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada |
kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam |
meminta-minta dan faqir sehingga mati." |
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang |
berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti |
anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis," |
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan |
iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan |
anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah." |
16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali |
kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan |
kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan." |
17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) |
Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu |
berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya." |
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni |
tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. |
mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang |
sentiasa perlu meminta-minta." |
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap |
saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah |
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong |
dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia." |
20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka |
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu |
berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas." |
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak |
keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. |
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang |
tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina |
kaanu ? ikhwan Nas ? Syayathin." |
22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar |
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya |
bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang |
pembantu kepada setiap orang yang zalim." |
23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka |
sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang |
sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat." |
ANJURAN BERJIMA' |
24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma |
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau |
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan |
terhadapnya selama-lamanya." |
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka |
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan |
menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha |
terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)." |
26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah |
s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid |
sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah |
s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, |
mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada |
mengumpat, berdusta dan mengadu-domba." |
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah |
s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang |
alim,di kalangan orang-orang yang alim." |
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah |
langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di |
hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta |
Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia." |
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti |
anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah." |
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas |
Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim." |
31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas |
Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka)," |
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."?..1* |
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174. |
Tuesday, 21 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment